awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyanyi British George Michael meninggal dunia

Astro Awani
Astro Awani
26/12/2016
02:23 MYT
Penyanyi British George Michael meninggal dunia
George Michael memulakan kariernya sebagai penyanyi dengan menubuhkan kumpulan Wham! bersama Andrew Ridgeley pada tahun 1981.
Penyanyi dan bintang pop British, George Michael, 53, dilaporkan meninggal dunia pada Ahad di rumahnya di England.
Perkara itu telah disahkan oleh jurucakap publisitinya dalam satu kenyataan hari ini.
Michael meninggal dunia di kediamannya di Oxfordshire sekitar jam 1.42 pagi waktu tempatan, pada 25 Disember, hari sambutan Krismas.
Bagaimanapun, tiada kenyataan menjelaskan punca kematian penyanyi yang memiliki nama asal Georgios Kyriacos Panayiotou itu.
Beliau memulakan kariernya sebagai penyanyi dengan menubuhkan kumpulan Wham! bersama Andrew Ridgeley pada tahun 1981.
Antara lagu popular yang melonjakkan namanya, termasuk Wake Me Up Before You Go Go, Careless Whisper, Young Guns dan Freedom.
Topic Berkaitan
#George Michael
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan