HIBURAN
Penyanyi 'Driving Home for Christmas', Chris Rea meninggal dunia pada usia 74 tahun
Rea mula meraih populariti pada lewat 1970-an dan 1980-an menerusi lagu-lagu hit seperti Fool (If You Think It's Over), Let's Dance dan The Road To Hell. - Foto AP
LONDON: Penyanyi Britain Chris Rea, yang dikenali menerusi lagu popular musim perayaan "Driving Home For Christmas", meninggal dunia pada usia 74 tahun, lapor PA Media/dpa pada Isnin memetik jurucakap keluarganya.
Dia didiagnosis menghidap kanser pankreas dan menjalani pembedahan pada 2001. Pada 2016, dia turut mengalami strok.
Rea mula meraih populariti pada lewat 1970-an dan 1980-an menerusi lagu-lagu hit seperti Fool (If You Think It's Over), Let's Dance dan The Road To Hell.
Kenyataan bagi pihak isterinya dan dua orang anak dikeluarkan kepada media petang ini.
"Dengan rasa dukacita yang mendalam, kami mengumumkan pemergian insan tersayang kami, Chris.
"Dia menghembuskan nafas terakhir dengan tenang di hospital awal hari ini selepas sakit seketika, dikelilingi ahli keluarganya."
Album sulung Rea bertajuk "Whatever Happened To Benny Santini?" , merujuk kepada nama pentas yang pernah dicadangkan oleh syarikat rakamannya, dilancarkan pada 1978.
Lagu Fool (If You Think It's Over) kemudiannya dicalonkan bagi Anugerah Grammy.
Pelancaran album The Road To Hell pada 1989 menjadikan Rea antara bintang solo terbesar di United Kingdom ketika itu.
Dua album studionya, The Road To Hell (1989) dan Auberge (1991), masing-masing menduduki tangga teratas carta album di United Kingdom.
-- BERNAMA