Penyanyi 'The Killers' keluarkan album solo kedua

Astro Awani
Februari 14, 2013 15:10 MYT
FLOWERS: Bakal keluarkan album solo kedua tidak lama lagi
Brandon Flowers berkemungkinan melancarkan album solo keduanya tidak lama lagi.
Album baru itu menjadi susulan album solo pertamanya, "Flamingo" pada 2010.
Walaupun bergerak solo, Flowers tetap aktif bersama kumpulannya, The Killers.
Hujung tahun lalu, The Killers melancarkan video muzik terbarunya arahan Tim Burton, "Here With Me".
Video tersebut menampilkan Winona Ryder bersama bintang "Submarine", Craig Roberts.
Lagu "Here With Me" dimuatkan dalam album keempat The Killers berjudul "Battle Born".
Beliau dijadualkan membuat persembahan di Manchester bersama kumpulannya itu namun terpaksa membatalkannya kerana Flowers mengidap laryngitis.
#album solo #Brandon Flowers #The Killers #Tim Burton