Penyanyi legenda Joe Cocker meninggal dunia

Agensi
Disember 23, 2014 01:59 MYT
Cocker sepanjang kariernya telah merakam sebanyak 23 album, termasuk album terakhir Fire It Up yang diterbitkan pada tahun 2012.
Joe Cocker, penyanyi soul bersuara serak basah dari Britain, meninggal dunia pada Isnin di usia 70 tahun akibat kanser paru-paru.
Pemenang Grammy yang popular melalui nyanyian semula lagu-lagu the Beatles, seperti "With A Little Help From My Friends" dan "Your Are so Beautiful" mulai diminati setelah lagu "A Little Help From My Friend" menduduki carta teratas lagu-lagu popular pada tahun 1968.
Pada 1982, kariernya sebagai penyanyi kian menyerlah melalui lagu duet bersama Jennifer Warners "Up Where We Belong" daripada filem "An Officer and A Gentleman."
Cocker sepanjang kariernya telah merakam sebanyak 22 album, termasuk album terakhir Fire It Up yang diterbitkan pada tahun 2012.
#cocker #fire it up #Up Where We Belong