Penyanyi Raja Noor Saadah meninggal dunia

Raja Hisyam Raja Zaid
Disember 19, 2017 11:38 MYT
Bekas penyanyi dan usahawan kosmetik Raja Noor Saadah Salehuddin meninggal dunia pagi tadi setelah terjatuh dalam bilik air di kediamannya. -Facebook noreenhayati
Bekas penyanyi dan usahawan kosmetik Raja Noor Saadah Salehuddin meninggal dunia pagi tadi setelah terjatuh dalam bilik air di kediamannya.
Menurut rakan baiknya Hayati Omar, jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Al- Mustaqim, Bandar Seri Putra Bangi dan telah selamat dikebumikan.
Allahyarham juga merupakan bekas isteri kepada penerbit drama dan filem terkenal terkenal, Datuk Yusof Haslam.
#air #filem #jatuh #jenazah #meninggal dunia #raja noor saadah #usahawan