Penyanyi rap DMX dimasukkan ke hospital dalam keadaan kritikal

Astro Awani
April 3, 2021 21:33 MYT
DMX kini menerima rawatan dalam unit jagaan kritikal di sebuah hospital di White Plains, New York. - Foto Instagram
PENYANYI rap terkenal Hollywood, DMX, dimasukkan ke dalam hospital dan di laporkan dalam keadaan kritikal, lapor NBC New York.
DMX, atau nama sebenarnya Earl Simmons, berada di rumah kira-kira jam 11 malam pada Jumaat apabila dia mengalami serangan jantung, kata peguamnya Murray Richman namun tidak tahu punca serangan tersebut.
Artis berkenaan kini menerima rawatan dalam unit jagaan kritikal di sebuah hospital di White Plains, New York.
Sebelum ini DMX, 50, pernah mendedahkan di pernah mengalami penagihan dadah dan telah menjalani rawatan beberapa kali.
Dalam satu temu bual dalam rancangan People's Party show bersama penyanyi rap Talib Kweli, DMX berkata dia mula mengambil dadah pada usia 14 tahun.
#DMX #penyanyi rap #serangan jantung #kritikal #Dadah