[TERKINI] Polis Kenal Pasti Peserta Program Motivasi Rumah Tangga eHati – Amaran Tangkapan Jika Enggan Bekerjasama – Ikuti Perkembangan Di Sini
ENTERTAINMENT

Penyanyi rap Sean Diddy berdepan tuduhan jenayah seksual baharu

Agensi 05/07/2024 | 00:40 MYT
Penyanyi rap terkenal, Sean Diddy Combs berdepan dakwaan jenayah seksual baharu selepas seorang lagi wanita muncul dengan tuduhan terhadapnya. - Gambar fail AP
NEW YORK: Penyanyi rap terkenal, Sean Diddy Combs berdepan dakwaan jenayah seksual baharu selepas seorang lagi wanita muncul dengan tuduhan terhadapnya.

Aduan yang difailkan bekas bintang filem lucah, Adria English di New York itu merupakan kes terbaharu daripada beberapa tuduhan undang-undang difailkan terhadap bintang itu sejak beberapa bulan lalu.

Combs, yang merupakan salah seorang penyanyi rap paling berjaya, secara konsisten menafikan semua tuduhan serangan seksual dan penganiayaan fizikal diterimanya.

Bintang ini kini juga dilaporkan menjadi subjek siasatan jenayah persekutuan, meskipun tiada tanda-tanda sebarang pertuduhan akan dilakukan.

Tuduhan terhadap Combs semakin bertambah selepas terdahulu, tuduhan pernah dibuat oleh bekas kekasihnya, Cassandra "Cassie" Ventura, pada November lalu.

Awal tahun ini, beliau memohon maaf selepas rakaman menunjukkan beliau menyerang Ventura di sebuah laluan hotel pada tahun 2016.
#Sean Diddy Combs #penyanyi rap #jenayah seksual #dakwaan