awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyanyi rap Takeoff daripada kumpulan Migos mati ditembak di arena boling

Gempak
Gempak
02/11/2022
04:12 MYT
Penyanyi rap Takeoff daripada kumpulan Migos mati ditembak di arena boling
Insiden tembakan itu menyebabkan pemilik nama sebenar Kirshnik Khari Bal tersebut meninggal dunia pada usia 28 tahun. - AP
PENYANYI rap Takeoff dilaporkan mati ditembak di sebuah pusat boling, 810 Billiards and Bowling Alley di Houston, Amerika Syarikat pada Selasa.
Insiden tembakan itu menyebabkan pemilik nama sebenar Kirshnik Khari Bal tersebut meninggal dunia pada usia 28 tahun.
Menerusi laporan BBC, Takeoff mati setelah ditembak pada bahagian kepala sewaktu sedang bermain dadu bersama bapa saudara dan yang juga merupakan salah seorang anggota kumpulan Migos, Quavo.
Pihak berkuasa melalui kenyataan yang dikeluarkan mengatakan terdapat sekitar 40 hingga 50 tetamu berada di tempat kejadian kerana menghadiri sebuah pesta sebelum seseorang melepaskan tembakan.
Takeoff adalah anggota termuda dari Migos yang dibentuk pada tahun 2008. - AP
Takeoff adalah anggota termuda dari Migos yang dibentuk pada tahun 2008. - AP
Selain Takeoff yang meninggal dunia dalam kejadian itu, terdapat dua orang lagi yang mengalami kecederaan akibat insiden tersebut.
Tiada tangkapan dibuat setakat ini dan Datuk Bandar Houston, Sylvester Turner, merayu agar saksi tampil memberi kerjasama.
Takeoff adalah anggota termuda dari Migos yang dibentuk pada tahun 2008.
Kemudian Migos meledak selepas mengeluarkan single Versace pada tahun 2013. Namun kumpulan yang cukup berpengaruh dalam kalangan generasinya itu dibubarkan pada tahun lalu.
Quavo dan Offset juga baru saja mengeluarkan projek bersama, Unc & Phew.
Berita kematian Offset membuat banyak karyawan seni Hollywood ikut mengucapkan takziah. -- Gempak
Topic Berkaitan
#penyanyi rap
#takeoff
#ditembak mati
#Migos
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan