[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
ENTERTAINMENT

Penyanyi rap terkenal Chris Brown ditahan polis

Raja Hisyam Raja Zaid 22/01/2019 | 12:49 MYT
Chris Brown sememangnya terkenal dengan pelakuan ganasnya sebelum ini. - Gambar fail
Penyanyi rap terkenal Amerika Syarikat Chris Brown hari ini ditahan oleh pihak polis berhubung dakwaan kes rogol dan penyalahgunaan dadah.
Menurut laporan AFP, ia susulan seorang wanita yang membuat dakwaan bahawa Brown,pengawal peribadi dan seorang rakannya telah merogolnya.
Kejadian dikatakan berlaku pada Selasa dan Rabu lalu di sebuah hotel terkemuka di Paris.
Bagaimana pun setakat ini tiada kenyataan dikeluarkan oleh penghibur berkenaan yang sebelum ini turut dikenali dengan perlakuan ganas terhadap bekas teman wanitanya, Rihanna.
Brown sememangnya dilaporkan berada di Paris pada waktu yang didakwa kerana menghadiri satu pertunjukkan fesyen.
#Amerika Syarikat #Chris Brown #hotel #keganasan #Paris #polis #rogol #wanita