HIBURAN
Penyatuan cinta dan karier Kris Dayanti untuk Timor Leste
Kris Dayanti (kanan) bergabung bersama anaknya, Amora Lemos dalam lagu Tabe Hamutuk yang dinyanyikan dalam bahasa kebangsaan Timor Leste.
DILI, TIMOR LESTE: Dalam perjalanan hidup, tidak semua insan diberi peluang untuk mencintai dan dicintai oleh dua bangsa.
Namun, itulah keberuntungan yang dimiliki Kris Dayanti.
Di antara dua budaya – Indonesia dan Timor Leste – beliau bukan sekadar seorang penyanyi, tetapi juga jambatan yang menghubungkan rasa, seni dan persahabatan.
Kini, di pentas sejarah ulang tahun ke-50 Proklamasi Kemerdekaan Timor Leste, Kris Dayanti hadir dengan sebuah dedikasi istimewa – lagu yang lahir daripada cinta, semangat dan kebersamaan.
Sebagai penyanyi dan juga ahli politik masyhur, Kris Dayanti, menyifatkan peluang untuk mempersembahkan lagu baharu sempena ulang tahun ke-50 Proklamasi Kemerdekaan Timor Leste sebagai satu penghormatan besar.
Wartawan Astro AWANI diundang secara eksklusif oleh Kris Dayanti dan suaminya yang juga usahawan kelahiran Timor Leste, Raul Lemos untuk mengikuti acara pelancaran lagu Tebe Hamutuk khusus untuk meraikan negara yang baru saja menyertai gagasan ASEAN sebagai ahli ke-11.
Pelancaran lagu berkenaan dimeriahkan dengan kehadiran Presiden Timor Leste, Jose Ramos Horta.
Menurut Kris Dayanti, idea persembahan ini tercetus daripada suaminya, Raul Lemos, seorang usahawan kelahiran Timor Leste yang berjiwa patriotik.
“Biasanya sumbangan untuk negara datang dalam bentuk pembangunan, sukan atau pelancongan.
“Namun kali ini, ia hadir dalam bentuk kerjasama muzik. Saya percaya kerjasama luar negara bukan hanya antara kerajaan, tetapi juga melalui budaya, muzik, seni tari dan makanan,” katanya.
Lagu berjudul Tebe Hamutuk yang dipersembahkan membawa maksud tarian kebersamaan.
Lagu Tabe Hamutuk dinyanyikan dalam bahasa kebangsaan Timor Leste, iaitu Tetum, dan menampilkan kolaborasi bersama anaknya, Amora Lemos serta dua pemuzik tempatan – Zeferino Martins Soares dan Deonisio De Jesus Ataide.
Menurut Kris Dayanti, persembahan ini menjadi peluang untuk mempromosikan bahasa Tetum kepada khalayak lebih luas, seiring dengan keanggotaan Timor Leste sebagai negara ke-11 ASEAN.
"Ini adalah bentuk sumbangan anak bangsa. Idea ini datang daripada suami saya sebagai dedikasi untuk negaranya," kata penghibur berusia 50 tahun itu lagi.
Beliau menambah, kerjasama antara penyanyi Indonesia dan Timor Leste ini adalah yang pertama seumpamanya dalam meraikan ulang tahun kemerdekaan negara itu.
Simbol persahabatan
Lagu Tabe Hamutuk mengisahkan tarian penyambutan yang menyeru semangat perpaduan dan kesatuan.
Dalam video muziknya, penari turut menggunakan alat muzik tradisional babadok yang melambangkan keberanian dan persatuan.
Lagu ini juga menjadi simbol persahabatan dan hubungan budaya antara Indonesia dan Timor Leste.
Menurut Kris Dayanti, karya ini menjadi simbol persatuan dan dedikasi menjelang sambutan ulang tahun emas kemerdekaan Timor Leste pada 28 November, yang turut menandakan negara itu sebagai anggota ASEAN ke-11.
“Ketika mencari idea, kami memilih Tebe Hamutuk kerana ia melambangkan ajakan untuk menari bersama. Kali ini, lagu ini menjadi satu tonggak sejarah,” jelasnya.
Kris Dayanti turut berkongsi bahawa hubungan budaya antara Indonesia dan Timor Leste bukanlah sesuatu yang asing, memandangkan Timor Leste pernah menjadi sebahagian daripada Indonesia.
“Ini adalah takdir Tuhan. Saya dipertemukan dengan lelaki Timor Leste dan kini kami sudah 15 tahun berkahwin.
“Sepanjang tempoh itu, kami terus melakukan pertukaran budaya. Alhamdulillah, suami saya sentiasa mendukung karier muzik saya,” ujarnya.
Selain Tebe Hamutuk, Kris Dayanti juga melancarkan lagu pop berjudul O Mak Hau Fuan dalam bahasa Tetum, sebagai usaha mempromosikan bahasa kebangsaan Timor Leste ke peringkat antarabangsa.
Pertukaran budaya dua negara
Sementara itu, suami Kris Dayanti, Raul Lemos, menyifatkan kerjasama muzik sempena ulang tahun ke-50 Proklamasi Kemerdekaan Timor Leste sebagai satu usaha memperkukuh pertukaran budaya antara dua negara serumpun – Indonesia dan Timor Leste.
"Kami berusaha untuk wujudkan pertukaran budaya kerana budaya Timor Leste dan Indonesia sebenarnya hampir mirip, walaupun ada perbezaan karakter.
“Dari cara berpakaian hingga muzik tradisional seperti Tebe-Tebe, semuanya ada persamaan. Namun, ini kali pertama isteri saya membawakan lagu dalam bahasa Tetum, selepas 15 tahun berkahwin."
Raul menjelaskan, proses menghasilkan lagu Tebe Hamutuk mengambil masa panjang kerana perlu disesuaikan dengan karakter Kris Dayanti sebagai penyanyi pop, sedangkan irama Tebe-Tebe berbeza.
"Kami yakin dia mampu kerana sebagai artis profesional, apa saja lagu yang diberikan pasti boleh dibawakan dengan baik di pentas."
Raul turut menekankan, persembahan ini bukan sekadar hiburan, tetapi usaha memperkenalkan bahasa kebangsaan Tetum ke peringkat antarabangsa, seiring Timor Leste kini menjadi anggota ASEAN ke-11.
"Kami mahu dunia mengenali bahasa Tetum melalui muzik. Orang dengar di Spotify, mereka akan tertanya-tanya ini bahasa apa.
“Dalam masa sama, kami perkenalkan budaya berpakaian tradisional dan keindahan destinasi pelancongan Timor Leste."
Raul turut optimis kemasukan Timor Leste ke ASEAN akan membuka pasaran lebih luas, bukan sahaja di rantau ini, tetapi juga ke Eropah dan Afrika melalui komuniti bahasa Portugis.