awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Perang' lagu raya, Daiyan Trisha muncul dengan 'pick-up line' Jom Raya

Bernama
Bernama
11/03/2025
04:40 MYT
'Perang' lagu raya, Daiyan Trisha muncul dengan 'pick-up line' Jom Raya
Daiyan Trisha tampil dengan lagu raya pertama berjudul 'Jom Raya', dinyanyikan bersama-sama dengan Alfie Zumi. - Foto Gempak
KUALA LUMPUR: Memasuki minggu kedua Ramadan, "perang" lagu raya sudah mula rancak dengan kemunculan lagu-lagu raya versi moden menepati cita rasa pendengar tika ini.
Jika pada musim Aidilfitri lepas lagu Alamak Raya Lagi dendangan kumpulan De Fam dan Ketipak Ketipung Raya daripada Aisha Retno menambat hati pendengar sehingga menjadi siulan dan parodi netizen, kali ini juga tidak kurang hebatnya.
Persaingan kali ini juga dilihat lebih seimbang dengan kehadiran penyanyi senior termasuk legenda seni suara tanah air Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Dayang Nurfaizah yang tampil dengan lagu raya masing-masing.
Kali ini, Dayang tampil dengan lagu Jodoh Hari Raya bergenrekan RB klasik sementara yang lainnya lebih kepada irama rancak, antaranya Hael Husaini dan Nadeera (Meriah Lain Macam) serta Fazura dan Syasya Rizal (Raya Pum Pang).
Tidak ketinggalan, penyanyi dan pelakon meningkat naik Daiyan Trisha turut tampil dengan lagu rayanya yang pertama berjudul Jom Raya, dinyanyikan bersama-sama dengan Alfie Zumi.
Mengetengahkan tema "pick-up line" atau ayat-ayat mengurat, Daiyan yang juga komposer lagu itu, berkata idea untuk menghasilkan lagu bertemakan sedemikian tercetus daripada pemerhatiannya yang mendapati ada pengguna media sosial cenderung mengutarakan ayat-ayat tentang jodoh setiap kali menjelang lebaran.
"Ayat-ayat (mengurat) yang digunakan mereka sangat menarik perhatian. Oleh sebab itulah saya mahu realisasikan Jom Raya ini dengan menggunakan perkataan menarik.
"Saya mahu hasilkan sebuah lagu raya yang mengandungi 'pick up line' dan disukai oleh semua pendengar," katanya kepada Bernama.
'Pick-up line' merujuk ayat-ayat yang digunakan untuk memikat hati seseorang, biasanya dalam bentuk lucu, jenaka atau menggoda.
Dilancarkan pada 28 Feb lepas, lagu itu yang liriknya ditulis bersama-sama dengan Glowrush dan Efry Arwis, mempunyai dua versi, iaitu duet dan solo.
"Versi solo akan dilancarkan pada 21 Mac ini di semua platform digital," katanya, menambah lagu itu menggabungkan "vibe" moden dan tradisional bagi memenuhi halwa telinga semua pendengar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Daiyan Trisha
#Jom Raya
#lagu raya
#Alfie Zumi
#pick-up line
#jodoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan