awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Perempuan Tanah Jahanam' ke Oscar: Semua genre filem sama berharga - Joko Anwar

Isabelle Leong
Isabelle Leong
03/02/2021
06:45 MYT
'Perempuan Tanah Jahanam' ke Oscar: Semua genre filem sama berharga - Joko Anwar
JOKO: Sebagai filem seram untuk dibawa mewakili Indonesia di Anugerah Oscar, ia adalah satu pencapaian buat saya. - Facebook/Joko Anwar
“Semua genre filem sama berharganya.”
Demikian kata-kata pengarah filem Indonesia, Joko Anwar apabila mengulas mengenai kejayaan filem arahannya, Perempuan Tanah Jahanam yang menjadi filem seram pertama untuk mewakili Indonesia ke Anugerah Oscar tahun ini.
Pembikin filem terkenal itu berkata tidak wujudnya kelas ataupun kasta dalam dunia perfileman kerana semua genre filem itu sama nilainya.
“Sebagai filem seram untuk dibawa mewakili Indonesia di Anugerah Oscar, ia adalah satu pencapaian buat saya.
“Bagi saya sebagai seorang pembuat filem, dalam dunia perfileman, tiada kelas dan tiada kasta.
Buat pertama kali filem horor wakili Indonesia ke Oscar 2021
“Semua genre sama berharganya kerana dibuat dengan pemikiran yang sama,” katanya pada temu bual bersama Agenda AWANI pada Selasa.
Menerusi filem seram yang ditayangkan pada 2019, Joko meluahkan rasa gembira kerana diberikan kesempatan untuk memperkenalkan Indonesia kepada seantero dunia.
“Kami mendapat kesempatan untuk membawa filem ini dan memperkenalkan tanah air saya kepada dunia, cara kami hidup, perspektif kami terhadap beberapa isu yang relevan dan ia tentunya amat menggembirakan.
“Jadi ia sesuatu yang sangat baik jika kami dapat menghantarkan filem ini sebagai pilihan rasmi dari Indonesia ke Anugerah Academy,” katanya.
Perempuan Tanah Jahanam menampilkan barisan pelakon handalan seperti Christine Hakim, Marissan Anita, Tara Basro, Asmara Abigail, Ario Bayu dan ramai lagi.
Parasite itu universal! - Joko Anwar
Anugerah Oscar yang secara tradisinya diadakan pada Februari setiap tahun ditunda ke 25 April ini disebabkan pandemik COVID-19.
Topic Berkaitan
#Perempuan Tanah Jahanam
#Joko Anwar
#filem
#Indonesia
#Genre
#Anugerah Oscar
#Marissan Anita
#Tara Basro
#Asmara Abigail
#Ario Bayu
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan