#PerginyaAshrafSinclair: Wan Azizah, Gobind rakam ucapan takziah

Harits Asyraf Hasnan
Februari 18, 2020 08:23 MYT
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Gobind Singh Deo antara anggota Kabinet Malaysia yang merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Ashraf Sinclair. - Gambar fail
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Ashraf Sinclair.
Menerusi muat naik status di laman Twitter rasmi beliau, Wan Azizah turut berharap semoga keluarga Allahyarham tabah menghadapi dugaan tersebut.
BACA: Industri seni Malaysia, Indonesia terkesan pemergian Ashraf Sinclair
"Takziah buat keluarga Allahyarham Ashraf Sinclair yang kembali ke Rahmahtullah hari ini.
"Semoga keluarganya tabah menghadapi dugaan ini dan semoga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan mereka yang beriman," katanya.

Takziah buat keluarga Allahyarham Ashraf Sinclair yang kembali kerahmahtullah hari ini. Semoga keluarganya tabah menghadapi dugaan ini dan semoga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan mereka yang berimanhttps://t.co/0i0SEAnHfz

— Dr Wan Azizah Ismail (@drwanazizah) February 18, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam pada itu, turut merakamkan ucapan takziah adalah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo.
"Saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Asyraf Daniel Mohamed Sinclair, yang telah meninggal dunia pada pagi ini.
"Saya berdoa agar keluarga Allahyarham akan tabah dalam menghadapi dugaan ini," katanya.

Saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Asyraf Daniel Mohamed Sinclair, yang telah meninggal dunia pada pagi ini. Saya berdoa agar keluarga Allahyarham akan tabah dalam menghadapi dugaan ini. pic.twitter.com/D8xHnMxwSO

— GobindSinghDeo (@GobindSinghDeo) February 18, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ashraf Sinclair meninggal dunia pada awal pagi Selasa akibat serangan jantung di Jakarta, Indonesia. Allahyarham dijangka akan disemadi di San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat petang ini.
#Aishah Sinclair #Ashraf Sinclair #Gobind Singh Deo #Indonesia #meninggal dunia #Timbalan Perdana Menteri #Wan Azizah Wan Ismail