Perjalanan Kool di pentas Gegar Vaganza berakhir

Asyraf Roslan
November 3, 2019 15:45 MYT
Kool menyampaikan lagu 'Siapa Dia Sebelum Daku' bersama pasangan duet Farawahida untuk konsert GV minggu keempat.
Kumpulan Kool diumum tersingkir apabila tiada lagi lagu yang diberikan.
Kool yang dianggotai oleh Riot dan Hairie terpaksa akur dengan keputusan juri selepas persembahan mereka gagal menarik perhatian juri pada konsert minggu keempat.
Pada konsert minggu ini semua peserta ditugaskan untuk menyanyikan lagu duet bersama dengan artis jemputan.
Pada konsert ini juga, persembahan mantap oleh Jatt berjaya meletakkan beliau di kedudukan teratas menerusi persembahan duet bersama Ayai Illusi dengan lagu Debunga Wangi.
Untuk konsert keempat, GV menampilkan Datuk Jamal Abdillah sebagai juri jemputan.
Konsert minggu kelima akan menyaksikan peserta GV akan menyanyikan lagu yang bertemakan 'Curahan Hati' atau 'Curhat'.
Ini merupakan senarai lagu yang akan dinyanyikan oleh peserta-peserta pada minggu hadapan.
Jatt - Benci Bilang Cinta
Nur Fatima - Cant Fight the Moonlight
Roy - Crazy Little Thing Called Love
Hardy Mirza - Luluh
One Nation Emcees - Makhluk Tuhan Paling Seksi
Sham Visa - Terima Kasih Cinta
Naqiu Boboy - Di Ambang Wati
Wann - Kali Akhir Ku Lihat Wajah Mu
Feeza - Jutaan Purnama
NoorShila Amin - Semakin
#Gegar Vaganza #hiburan #Kool #Tersingkir