awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah

Sinar Harian
Sinar Harian
26/11/2024
06:46 MYT
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Rizky dan Mahalini bernikah dalam satu majlis yang berlangsung di Hotel Raffles, Jakarta Selatan, Indonesia, pada 10 Mei lalu. - Sinar Harian
MAHKAMAH Agama Jakarta Selatan pada Selasa memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah kerana gagal memenuhi salah satu rukun nikah.
Menurut jurucakap mahkamah itu, H. Suryana, wali yang menikahkan pasangan itu bukan wali yang berhak dan menjadi sebab panel hakim mengisytiharkan perkahwinan mereka tidak sah di sisi undang-undang negara dan agama.
"Mahalini seorang mualaf tetapi ibu dan bapanya bukan Islam. Jadi ini bermakna wali yang sah bukan bapanya, ia dikira bukan penjaga yang mempunyai hak," katanya seperti dilaporkan Kapanlagi.
Keputusan itu diketahui selepas pasangan tersebut memohon pengesahan perkahwinan dari mahkamah. Bagaimanapun ketika majlis pernikahan pada 10 Mei lalu, pihak Mahalini telah melantik seorang ustaz sebagai wali hakim, namun majlis hakim mendapati bahawa proses menjadikan individu terbabit sebagai wali hakim tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan undang-undang di Indonesia.
Keputusan ini mempunyai akibat yang besar, baik dari segi undang-undang dan sosial, untuk kedua-dua pihak.
H. Suryana menegaskan bahawa keputusan mahkamah adalah mengikut prosedur undang-undang yang berkenaan.
"Semua keputusan adalah berdasarkan fakta perbicaraan dan peraturan undang-undang sedia ada," jelasnya.
Kini, Rizky Febian dan Mahalini mesti memutuskan langkah seterusnya, sama ada untuk merayu atau menyusun semula proses perkahwinan mereka agar sah di sisi undang-undang.
Pasangan ini juga kembali dipanggil untuk mendaftarkan pernikahan mereka di Kantor Urusan Agama (KUA) setempat supaya boleh mendapatkan buku nikah dan pernikahan itu perlulah sah dari segi agama dan negara.
Terdahulu, Rizky atau nama penuhnya Rizky Febian Adriansyah Sutisna, 26, dan Mahalini Ayu Raharja, 24, bernikah dalam satu majlis yang berlangsung di Hotel Raffles, Jakarta Selatan, Indonesia, pada 10 Mei lalu. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Mahalini dan Rizky Febian
#perkahwinan tidak sah
#Jakarta
#rukun nikah
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan