ENTERTAINMENT
Perkukuh Hubungan Malaysia-China, program TV terbaik CMG disiar di Malaysia
Inisiatif tayangan dokumentari CMG di Malaysia, seperti Aerial China dan Up and Out of Poverty, dijangka perkuat pemahaman budaya dan hubungan dua hala China-Malaysia. - Foto China Media Group
KUALA LUMPUR: Karya produksi terbaik kandungan premium yang dinanti-nantikan anjuran Kumpulan Media China (China Media Group atau CMG) akan ditayangkan di negara ini tidak lama lagi.
Antaranya The Heritage Guardian, Aerial China – Edisi Xinjiang, Up and Out of Poverty, China Traditional Medicine Conference, China Race to the Future dan Gen Z Talks.
Timbalan Menteri Jabatan Publisiti Jawatankuasa ’CPC Central Committee’ (CPC) merangkap Presiden Kumpulan Media China, Shen Haixiong dalam satu kenyataan menekankan, China dan Malaysia telah lama menjadi jiran yang rapat, rakan pembangunan yang ikhlas dan saudara dalam persahabatan.
Pada tahun 2024, semasa perbincangan antara Presiden Xi Jinping dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, kedua-dua pemimpin telah berikrar untuk memperdalam pembinaan masa depan bersama China-Malaysia dan saling menyokong matlamat pembangunan masing-masing.
Tayangan ini yang dianjurkan bersama oleh CMG dan media Malaysia, merupakan inisiatif penting untuk memperkukuh pertukaran budaya dan mempereratkan hubungan persahabatan antara kedua-dua negara.
Melalui siaran dokumentari dan program premium, penonton Malaysia akan mendapat pemahaman yang lebih mendalam mengenai visi Presiden Xi Jinping, usaha-usaha pengurangan kemiskinan di China, kehangatan dan layanan mesra rakyat China, serta kekayaan budaya China.
Inisiatif ini bertujuan untuk memberikan gambaran yang menyeluruh dan autentik mengenai China moden sebagai sebuah negara yang boleh dipercayai, menawan, dan dihormati.
Menurut kenyataan lagi, tayangan ini merupakan sebahagian usaha berterusan Kumpulan Media China untuk memperkenalkan produksi berkualiti tinggi dari China kepada penonton Malaysia sekaligus memperkayakan landskap media dan mengeratkan lagi hubungan budaya antara kedua-dua negara.