Permainan video BTS World dilancar 26 Jun ini

Agensi
Jun 8, 2019 14:57 MYT
Permainan ini menjanjikan kandungan eksklusif, termasuk 10,000 foto terbaharu dan 100 klip video. - Twitter / @soompi
KUMPULAN ikonik k-pop, BTS akan melancarkan permainan video di alam maya yang dinamakan sebagai BTS World pada 26 Jun ini.
Lebih istimewa, ia akan turut menampilkan soundtrack asal yang baharu daripada anggota BTS.
Permainan ini menjanjikan kandungan eksklusif, termasuk 10,000 foto terbaharu dan 100 klip video yang tidak akan dapat ditonton di platform lain.
BTS World, yang dibangunkan oleh syarikat perjudian Korea Netmarble dengan kerjasama kumpulan itu, adalah permainan simulasi mudah alih yang berasaskan cerita yang membawa pemain berkomunikasi secara interaktif.
Permainan ini akan dilancarkan di seluruh dunia, kecuali China, untuk semua peranti iOS dan Android. Pra pendaftaran telah dibuka di btsw.netmarble.com.
Kumpulan yang terdiri daripada tujuh anggota itu dibentuk oleh Big Hit Entertainment pada 2013 dan sehingga kini telah mencatat pelbagai kejayaan dan rekod membanggakan.
#Android #BTS #BTS World #K-pop #komunikasi secara interaktif #Korea Selatan #kumpulan #netmarble #permainan video #simulasi mudah alih #video