[TERKINI] Jerebu di Selangor: Ibu Bapa Dibenarkan Tidak Hantar Anak ke Sekolah – Exco Selangor; Info Lanjut Di Sini
HIBURAN

Permintaan luar biasa! Konsert My Chemical Romance di Malaysia ditambah sehari lagi

Astro Awani 23/07/2025 | 05:10 MYT
Tiket konsert kedua mula dijual pada 1 Ogos 2025 dengan harga antara RM299 hingga RM1,099, selepas 60,000 tiket konsert pertama habis dalam masa kurang dua jam. -Foto X Hello Universe Malaysia
KUGIRAN terkenal Amerika Syarikat, My Chemical Romance (MCR), menambah satu lagi malam persembahan di Malaysia susulan permintaan luar biasa daripada peminat.


Ringkasan AI
  • My Chemical Romance menambah satu malam persembahan di Kuala Lumpur pada 1 Mei 2026 susulan permintaan luar biasa, menjadikan Malaysia satu-satunya lokasi di Asia Tenggara dengan dua malam konsert berturut-turut.
  • Tiket konsert kedua mula dijual pada 1 Ogos 2025 dengan harga antara RM299 hingga RM1,099, selepas 60,000 tiket konsert pertama habis dalam masa kurang dua jam.
  • Kemunculan semula MCR selepas hampir dua dekad disambut penuh nostalgia oleh peminat, mengatasi lokasi lain seperti Thailand, Filipina, Singapura dan Indonesia dalam jelajah Asia Tenggara mereka.


Ini menjadikan Kuala Lumpur satu-satunya lokasi di Asia Tenggara yang menyaksikan persembahan dua malam berturut-turut konsert mereka.

Penganjur, Hello Universe Malaysia, mengesahkan bahawa konsert tambahan akan berlangsung pada 1 Mei 2026 di Stadium Nasional Bukit Jalil, sehari selepas persembahan asal yang dijadualkan pada 30 April 2026.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Tiket bagi konsert kedua akan mula dijual pada 1 Ogos 2025 jam 10 pagi, melalui laman web rasmi dan aplikasi mudah alih GoLive Ticketing.

Harga tiket kekal seperti konsert pertama, bermula dari RM299 hingga RM1,099, meliputi zon tempat duduk dan berdiri.

Penambahan malam kedua ini diumumkan selepas 60,000 tiket untuk konsert pertama habis dijual dalam masa kurang dua jam, menyebabkan ramai peminat kecewa akibat gangguan teknikal dan aktiviti penjualan semula oleh pihak tidak bertanggungjawab.

MCR kali terakhir membuat persembahan di Malaysia pada tahun 2007 dalam jelajah The Black Parade World Tour, dan kemunculan semula mereka selepas hampir dua dekad disambut dengan penuh nostalgia oleh peminat tempatan.

Malaysia kini menjadi satu-satunya negara dalam jelajah Asia Tenggara MCR yang menerima dua malam persembahan, mengatasi lokasi lain seperti Thailand, Filipina, Singapura dan Indonesia.








#My Chemical Romance #Hello Universe Malaysia