Pernah berlakon bersama, Que Haidar & Fazura sedih pemergian Ashraf Sinclair

Gempak
Februari 18, 2020 02:27 MYT
Que Haidar meluahkan rasa sedih selepas menerima berita pemergian aktor Ashraf Sinclair hari ini.
PELAKON Que Haidar meluahkan rasa sedih selepas menerima berita pemergian aktor Ashraf Sinclair hari ini.
Menurut Que, dia dan arwah Ashraf pernah bersama-sama bekerjasama dalam "Gol & Gincu The Series."
“Al fatihah.. Sama-sama terlibat dalam Goal dan Gincu.. Seorang lagi sahabat pergi @ashrafsinclair,” tulisnya secara ringkas sebagai kapsyen.
Selain Que dan Ashraf, drama ini turut dibintangi Nur Fazura, Pierre Andre, Sazzy Falak, Razif Hashim dan ramai lagi.
Menerusi pemerhatian Gempak, Fazura turut memuat naik sebuah entri di Instagram Stories melahirkan rasa terkejut dengan berita menyayat hati ini.
“Al fatihah kawan.. Saya tidak mampu bersuara dan terkejut dengan berita pemergian awak.
“Saya tidak akan mengatakan siapa sehingga keluarganya memberitahu berita yang menyayat hati ini.
“Allahuakbar. Hati saya bersama isterinya, anak lelaki dan seluruh keluarga,” tulisnya.
#Ashraf Sinclair #Gol & Gincu #Nur Fazura #Pierre Andre #Que Haidar #Razif Hashim #Sazzy Falak