awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pernah dituduh gila, Tasha Shilla dapatkan bantuan...

Gempak
Gempak
03/02/2019
02:00 MYT
Pernah dituduh gila, Tasha Shilla dapatkan bantuan...
Menurut pemilik nama penuh Natasha Sheila Abdul Razak ini, dia mula mendapatkan bantuan semenjak hujung tahun lalu.
PELAKON cantik, Tasha Shilla mendedahkan dia mula mendapatkan bantuan untuk mengatasi penyakit kemurungan ringan (mild depression) yang dihidapinya.
Menurut pemilik nama penuh Natasha Sheila Abdul Razak ini, dia mula mendapatkan bantuan semenjak hujung tahun lalu.
"Alhamdulillah, saya rasa bersyukur kerana sudah mendapatkan bantuan untuk mengatasi mild depression yang saya alami.
"Hidup saya semakin positif dan tenang serta saya lebih tahu bagaimana caranya untuk mengendalikan keadaan.
“Sebelum ini, saya akui saya pernah rasa putus semangat dan sangat ‘down’, lebih-lebih lagi selepas putus cinta sebelum. Sampaikan ada yang menuduh saya gila," kata Tasha.
ARTIKEL BERKAITAN: Tasha Shilla alami kemurungan?
ARTIKEL BERKAITAN: Kecil hati juga bila rakan-rakan artis sendiri 'bash' saya - Haqiem Rusli
Tambah Tasha, apa yang terjadi pada dirinya dahulu tidak mahu diulangi olehnya sekarang.
"Apa yang berlalu biarlah berlalu. Jika dahulu, jika saya berhadapan dengan masalah, saya pasti berhibur untuk mengurangkan tekanan. Tetapi, apa yang saya lakukan itu tidak betul kerana ia akan memberikan impak negatif.
"Biasalah, dulu saya masih muda, semuanya diambil mudah. Mungkin saya dilihat gembira di luaran dengan mengukir senyuman, tetapi apa yang berlaku dalam hati saya sendiri, tiada sapa yang tahu. Saya menanggungnya sendiri.
"Saya kini lebih tenang dan menjalani kehidupan dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Bagi saya, kesedaran mengenai kesihatan mental perlu dipandang serius. Jika ada sebarang masalah, dapatkan khidmat nasihat segera," kata Tasha.
Tasha ditemui pada majlis pelancaran jenama tudung, Parisfairies Scarves di Greenhouse by Muir, Jalan Ampang, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Selain Tasha, majlis itu turut diserikan dengan kehadiran pelakon Niena Baharun, pengacara Liza Khairudin dan pengasas Parisfairies Scarves, Eiyla Fazzila.
View this post on Instagram
Alhamdulillah, our humble soft launch berjalan dengan lancar semalam. Terima kasih kepada jemputan yang hadir, rakan artis, rakan media, stokis stokis, agent agent dan jugak family and friends . Koleksi kami dah berada di pasaran. Boleh dapatkan di ig @parisfairies.scarves dan juga stokis stokis yang berdekatan dengan anda. . Kalau you guys nak dapatkan koleksi kami, boleh comment NAK kat bawah k. Agent dan stokis kami akan contact you guys ❤️ . Credit to @muasmo sebab buatkan deco yang sangat letops. Also, special thanks to our mua @dja_othman @aj_cinta_aliah sebab buatkan wajah wajah models letop letops kebabom . #parisfairies #parisfairiesscarves#parisfairieskl #parisfariessoftlaunch #officiallaunch
A post shared by PARISFAIRIES SCARVES HQ (@parisfairies.scarves) on
Jan 31, 2019 at 7:40pm PST
View this post on Instagram
Wajah wajah stokis kesayangan adinda
Topic Berkaitan
#kesihatan
#Natasha Sheila Abdul Razak
#Tasha Shilla
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan