Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) ingin menjelaskan bahawa kami tidak menyokong kumpulan-kumpulan yang menganjurkan “SWITCH OFF 14” tersebut. PFM sedar mungkin ada beberapa isu-isu dalam industri ini tidak boleh diselesaikan melalui gerakan demo “SWITCH OFF 14”, tetapi atas meja rundingan. PFM tidak ingin menjadi tin kosong malah ingin menjadi sebuah persatuan yang bertanggungjawab dan relevan.
Untuk makluman, setiap kali PFM bertindak mewakili PFM, PFM turut bertindak mewakili industri bila melibatkan masa depan keseluruhan industri bila tiada wakil lain yang hadir. Pada siri sidang perbincangan ini PFM tetap menitikberatkan keperluan penerbit filem, TV dan kandungan online , pekerja, penulis, pelakon, tenaga mahir serta pengurus pengurus agensi regulatori industri.
1. Untuk itu PFM yang diwakili oleh Timbalan Presidennya telah turut bersidang untuk 3 bulan, bersama jawatankuasa kerja untuk RMK11 bawah penyeliaan MDEC Sector IT dan KKMM. Jawatankuasa kerja ini merangkumi bahagian IT, agensi regulatori, KKMM, bahagian kandungan kreatif dan media, EPU, syarikat-syarikat swasta, PFM, CCAM dan Pemandu telah mengkaji analisis dan merangka strategi untuk tindakan KKMM dan kerajaan melalui EPU. Untuk bahagian kandungan dan media, rumusan dan strategi bukan sahaja untuk filem tapi juga kandungan TV dan platform online serta pemasaran.
2. Antara yang berkaitan industri ialah masalah IP Creation, termasuk menyelesaikan Hak IP pengkarya untuk di pulangkan kepada penerbit atau penulis. Disarankan RTM mengambil langkah utama bertindak mengguna kaedah perlesenan sahaja seperti yang di lakukan negara lain, contoh Singapura, supaya hak cipta IP masih dipegang oleh pengkarya. Dengan ini mengambil kira keperluan strategi baru untuk peningkatan nilai „monetisation‟ dan pemasaran bagi tambah nilai IP produksi tempatan secara holistik termasuk penerbitan Filem, TV dan internet.
3. Meningkatan bajet penerbitan TV, yang masih terperap di peringkat 20 tahun dahulu walaupun kos inflasi berganda dan kos produksi turut meningkat hingga penerbit tiada margin keuntungan dan hanya beroperasi untuk tidak tutup syarikat. Kos rendah memaksa penerbit „cut corners‟ berterusan hingga memudaratkan peningkatan kemahiran, nilai kerja, nilai kreatif dan tahap pengurusan professional. Secara amnya industri terus mengecil dan hanya tertumpu kepada produksi dan lakonan. Contohnnya industri mempunyai potensi besar dan sepatutnya menyediakan peluang pekerjaan dan melebar kepada peluang perusahaan hingga pasaran antarabangsa.
4. Bajet TV perlu ditingkat dan mempunyai paras minima untuk mengelak 'cutting corners' yang kini berlaku secara kronik . Kerana ini telah memudaratkan prestasi penerbitan TV dan filem sehingga Pinewood Studios sukar menggunakan teknisyen kreatif tempatan. Lalu mereka akan bergantung kepada tenaga luar negara. Contoh dari Bangkok dan Filipina atau Jakarta. Keadaan ini tidak boleh dibiarkan berterusan. Kerana fasiliti Pinewood Studios yang disasarkan untuk produksi antarabangsa akan mendapat insentif 30% rebat dari kerajaan Malaysia tanpa ada kebaikan untuk kemahiran dan tenaga mahir tempatan berbanding insentif negara lain.
5. Stesen TV memilih untuk beberapa produksi mendapat bajet tinggi dan itu adalah hak mereka. Tapi perlu ada bajet produksi , minima yang lebih tinggi dari sekarang, supaya mengambil kira kos pembangunan skrip, design produksi dan pasca produksi, serta kos penerbitan dan pengurusan. Jika peningkatan anggaran bajet produksi ambil kira kos inflasi.
6. RTM terikat kepada kontrak perolehan dari MOF. Untuk RTM bertindak, kontrak perolehan perlu diperbaiki. Mengikut pegawai RTM, oleh itu langkah pertama perlu datang dari Kementerian Kewangan supaya hak ini jelas dan tidak bergantung kepada jasa baik RTM. Ini supaya syarikat penerbitan mempunyai ruang untuk memasarkan produk mereka. SKMM boleh menasihati semua stesyen TV mengguna pakai syarat kontrak MOF berkaitan IP dan perlesenan.
7. Proses analisis dan strategi juga di bincang secara terperinci oleh jawatankuasa kerja bajet RMK11 dan kami sama-sama terlibat sebagai wakil PFM dan wakil indsutri. Sebelum ini dalam Jawatan kuasa kerja implimentasi Dasar Industri kreatif (DIKN), kami telah bentangkan kepada kementerian analisis yang serupa mengenai IP, bajet dan perlesenan hak cipta.
8. Kami telah menyarankan kepada DIKN supaya FINAS mengadakan geran dan dana pembangunan skrip serta membuat „strategic partnership‟ dengan stesen TV untuk tujuan pemasaran dan promosi. FINAS juga memerlukan kerjasama persatuan industri untuk mencari rakan kongsi agen antarabangsa untuk pasaran luar Negara. Ini supaya strategi menyediakan produksi untuk pasaran antarabangsa dan untuk syarikat penerbit tempatan dapat memanfaatkan insentif penerbitan 20% - 30% (FIMI) dari FINAS menjadi kenyataan. Beberapa klausa insentif FIMI masih perlu diperbaiki segera, khusus agar penerbitan filem dan tv tempatan dapat manfaatkan insentif ini dan supaya FINAS menghadkan „capping‟ maksima penerbitan antarabangsa secara realistik, (Nota terkini : Tapi peruntukan untuk tahun ini telah habis walaupun baru dimulakan pada bulan Mac. Tiada keterangan mengenai berapa syarikat co-produksi dan syarikat tempatan menerima insentif ini yang ditutup mendadak)
9. Dalam jawatankuasa kerja DIKN ini kami turut mengesyorkan supaya FINAS terlibat dalam isu menyelesaikan masalah hak cipta bersama MYIPO dan SKMM, merangka kos adil untuk penerbitan tv termasuk kos promosi, supaya perbincangan antara kementerian dan agensi agensi serta stesen TV akan mendapat perhatian dan tindakan segera. Ini telah dibentangkan di peringkat DIKN yang dipengerusikan oleh KSU ketika itu dan dipersetujui. Tetapi tiada tindakan dari FINAS kerana menghadapai masalah dalaman seperti pertukaran Ketua Pengarah.
10. Kami sedar ada kelewatan yang ekstrim berlaku dari segi implemtasi yang di cadangkan DIKN dan dipersetujui, kerana berlaku perubahan struktur kementerian. Tapi proses skrip bank masih berjalan. Proses saranan peningkatan kos produksi untuk beberapa syarikat produksi dan individu yang dipilih mengikut kritiria tertentu juga masih berjalan. (Nota terkini: RTM melaporkan ini telah meningkatkan prestasi produksi syarikat penerbit dan RTM kerana telah membantu menarik lebih ramai penonton dan berjaya menarik lebih banyak iklan. Ini bermakna cadangan JKK Filem dan TV DIKN memperoleh kejayaan).
11. Antara yang berkaitan filem, kami telah bangkitkan masalah pawagam yang masih tidak berganjak perkongisan Box Office yang tidak adil dan memihak pada pawagam sedangkan kami adalah 100% pelabur. Permintaan ini disebabkan kos produksi dan promosi terus meningkat berganda. Peningkatan perkongsian Box Office yang lebih adil dibuat melalui FINAS. Tetapi Pawagam berkeras tidak mahu berganjak. Sebaliknya mengenakan caj tambahan pula kepada penerbit untuk mereka memodenkan sistem projeksyen mereka kepada sistem digital bagi memenuhi keperluan pengedar Hollywood. Pawagam tidak ambil kira penerbit juga menghadapi peningkatan kos dengan peralihan kepada digital kerana perlatan filem dan kaedah lama serta tenaga mahir perlu di pertingkatkan. Tidak berhenti di situ, pawagam memaksa kos ini atas penerbit. FINAS terpaksa bertindak memberhentikan caj tambahan ini. Finas perlu perbaiki akta FINAS sendiri sebelum berhadapan dengan pawagam. (Nota terkini: Pawagam menyaman FINAS bila FINAS mengeluarkan arahan Pawagam tidak boleh mengenakan caj tambahan kepada penerbit tanpa persetujuan FINAS)
12. Masalah tidak berkesudahan tambahan tiada pelan strategi dari FINAS. Penerbit TV turut terkesan dengan tiada „master plan‟ atau pelan menyeluruh stesen TV swasta dan RTM bergabung mengatasi masalah industri. RTM telah membuat perolehan produksi sehingga 2016. Media Prima menerbitkan kebanyakan produksi drama secara „inhouse‟. Ini menjadi antara sebab kenapa kami turut mencadangkan di tubuhkan segera sebuah Suruhanjaya Filem Digital dan Kandungan Kreaif atau Filem and Creative Content Commission yang dianggotai professional industri tempatan dan antarabangsa, birokrat dan teknokrat, KP FINAS, MDEC, Penasihat kewangan dan Pengedaran antarabangsa - untuk menyediakan pelan pembangunan dan produksi, strategi dan „strategik partnership‟ - bertindak segera. Kami turut mencadangkan komisiyen ini diketuai oleh bahagian kandungan kreatif MDEC.
Cadangan pada kali pertama dibuat 4 tahun dahulu dan kini kami bangkitkan semula. Untuk penggiat dan persatuan industri - perlu ada taklimat secara konsisten bersama industri – khusus untuk mengetahui bagaimana bajet yang baru akan digunakan, apa impak pada industri, perkembangan masa depan industri ini dengan peralihan kepada digital dan peluang perusahaan bawah digital Malaysia, serta apa manfaat pada industri dengan Media City yang dibina. Penggiat industri berhak mendapat taklimat ini.
LAPORAN TERAKHIR
Untuk makluman, PFM menekankan tidak pernah berdiam diri tapi bertindak di belakang tabir dengan cadangan strategi tertentu. Kami perlu ambil kira bila terlalu terbuka akan di anggap cuba mengajar agensi yang bertanggungjawab.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
*Pansha merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Penerbit Filem Malaysia.
*Ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Astro AWANI
Media Statement
Sat Oct 18 2014
Persatuan Penerbit Filem Malaysia tidak sokong Switch Off '14
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
Finas perlu senarai penerima dana elak penyelewengan
Pansha berkata senarai itu boleh disiarkan di laman web Finas secara terperinci seperti yang diamalkan MDEC dan agensi kerajaan lain.
Industri filem wajar tumpu platform digital
Industri perfileman wajar memberi perhatian kepada platform digital sebagai satu lagi peluang untuk menjana pendapatan.
Persatuan Penerbit Filem Malaysia tidak sokong Switch Off '14
Persatuan Penerbit Filem Malaysia tidak menyokong kumpulan-kumpulan yang menganjurkan demonstrasi "SWITCH OFF '14".