Persembahan bertenaga Dolla pukau penonton di China

Astro Awani
Mac 28, 2024 08:49 MYT
Aksi bertenaga mereka mendapat sambutan hangat daripada penonton di China. - Gambar/ Tangkap layar Mango TV
TIDAK lagi hanya di Malaysia, kumpulan Dolla yang melebarkan langkah menyertai program realiti terkini 'Show It All China' kini mendaki populariti selepas mempamerkan persembahan memukau dalam episod pertama rancangan itu.
Aksi bertenaga mereka mendapat sambutan hangat daripada penonton di negara itu, menandakan langkah berani Dolla keluar dari zon selesa di negara ini mula menampakkan hasil.
Rakaman persembahan mereka dalam episod pertama rancangan berkenaan menjadi tular di Malaysia dan mendapat pujian banyak pihak.

Dolla Full Performance on Show It All EP01 Damelo - https://t.co/ElMAVuvsxB Classic - https://t.co/0y4zecxvbt Boss Up - https://t.co/TznwN2XmW6 DOLLA DEBUT CHALLENGE IN CHINA#DOLLAShowItAll #ShowItAll #DOLLAChinaDebut #DollaMakeMalaysiaProud

— iDolla Official (@idollaclub) March 28, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Anggota kumpulan itu, Syasya Rizal, atau nama sebenarnya, Noorsyasya Afiqah Sharizal, 23, ketika dihubungi media sebelum ini, berkata tawaran itu diterima daripada penerbit program realiti berkenaan iaitu Exo Lay Zhang.
Katanya, mereka menganggap ia sebagai peluang besar untuk mendapat pendedahan di luar negara terutama China.
"Program ini merupakan survival show terbitan Exo Lay. Saya sendiri merupakan peminat tegar kumpulan Exo sejak kecil lagi jadi apabila mendapat tawaran ini saya sangat teruja untuk menyertainya.
"Ia juga merupakan peluang besar untuk kami mendekatkan diri dengan peminat di luar Malaysia," katanya dilapor mStar.
Mengulas lanjut, Syasya berkata, selain Dolla beberapa kumpulan wanita lain dari pelbagai negara turut dijemput menyertai program berkenaan.
"Setiap minggu program tersebut akan menjemput kumpulan wanita dari seluruh dunia dan episod pertama menampilkan kumpulan kami.
"Kami sebagai kumpulan senior wanita akan berkongsi pengalaman dan budaya. Jadi daripada situ peserta-peserta akan belajar daripada pengalaman kami," katanya.
Rancangan itu disiarkan secara eksklusif di aplikasi Mango TV setiap hari Khamis, bermula 28 Mac.
Selain Dolla, program tersebut turut menampilkan beberapa kumpulan wanita baharu seperti Pixxie, BoysWorld, Bini, dan G22.
#Dolla #Show It All China #persembahan memukau #peminat luar negara