PENYANYI antarabangsa Dua Lipa menawan hati peminat dengan persembahan bertenaga dalam konsert solo pertamanya di ibu kota malam tadi.
Dua Lipa bukan sahaja berjaya tampil dengan persembahan bertenaga, malah dapat mengekalkan vokal yang tinggi sepanjang konsert.
Membuka tirai persembahan penyanyi berusia 23 tahun itu ialah single kelima beliau, “Blow Your Mind (Mwah)” yang membuatkan peminat tidak senang duduk.
Penonton kemudian dihiburkan pula dengan lagu hit beliau, “Scared to Be Lonely” dan single terbaharu yang dikeluarkan awal tahun ini, “IDGAF” dalam satu persembahan yang memukau.
Peminat turut menyanyi bersama terutamanya apabila pelantun suara jelita itu menyampaikan lagu “New Rules”, single yang melonjakkan namanya sebagai penyanyi wanita terkenal tahun lalu.
Sepanjang konsert berlangsung, Dua Lipa bijak menggunakan ruang untuk berinteraksi bersama penonton, malah beliau tidak henti-henti menyatakan rasa terujanya terhadap sokongan yang diberikan peminatnya.
Paling mengujakan apabila penyanyi itu melontarkan “flying kiss” kepada salah seorang peminat yang sedang merakam persembahan beliau.
Ketika konsert hampir ke kemuncaknya, pentas tiba-tiba dikosongkan serta lampu terpadam. Peminat kelihatan resah dan mula bersorak "We want more!" kerana masih ada dua lagu kegemaran mereka yang amat dinanti-nantikan.
Namun, tidak lama kemudian, Dua Lipa muncul kembali ke pentas dan menyampaikan lagu yang mencatat 240 juta tontonan di YouTube, “IDGAF” dan melabuhkan tirai dengan lagu flagshipnya, “New Rules”.
Persembahan hampir dua jam malam tadi nyata cukup bertenaga hingga ke akhir walaupun beliau agak kepenatan setelah tiba di Kuala Lumpur hanya sehari sebelum daripada konsert di Hong Kong.
Pada akhir persembahan, Dua Lipa mengucapkan terima kasih kepada para peminatnya yang hadir dan berharap mereka akan terus menyokong karier muziknya.
BACA: Dua Lipa Cukup Teruja Tiba Di Kuala Lumpur, Sempat Minum Air Kelapa
Secara keseluruhannya, konsert yang cukup menghiburkan peminat dengan persembahan 17 buah lagu di mana tiga daripadanya merupakan persembahan akustik “New Love”, “Thinking ‘Bout You” dan “Homesick”.
Selain Dua Lipa, konsert turut dijayakan band pengiring yang terdiri daripada William Bowerman (dram), Matthew Carroll (gitar) dan Stats (piano).
Dianggarkan sekitar 2,500 penonton hadir menyaksikan konsert Dua Lipa ini yang dijayakan oleh penganjur IME Asia, Intour Live dan Live Nation, semalam.
Bukan sekadar peminat tempatan, kalangan hard-core fans, antaranya dari Indonesia dan Thailand, turut menyemarakkan lagi kehangatan persembahan penyanyi wanita pertama yang menerima lima pencalonan di Anugerah Brit 2018 itu.
Rata-rata peminat meluahkan rasa kagum dan memuji persembahan penyanyi yang disanjungi itu melalui media sosial.
Konsert yang berlangsung di pentas KL Live ini menjadi antara destinasi dalam siri jelajah The Self-Titled sempena promosi albumnya berjudul Dua Lipa yang diterbitkan tahun lalu.
Ini merupakan kali kedua penyanyi keturunan Albania itu beraksi di Malaysia, kali pertama membuat persembahan di Festival Good Vibes, Genting Highlands pada Ogos tahun lalu.
Syakirah Zulkifly
Fri May 04 2018
Dua Lipa menawan hati peminat tanah air di konsert solo pertamanya dengan persembahan yang bertenaga menggegarkan pentas KL Live, Kuala Lumpur. -Foto twitter.com/DuaLBrasil
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Tiket Glastonbury habis dijual dalam masa kurang 40 minit
Pas masuk mula dijual pada 9 pagi dan penganjur acara memaklumkan pada 9:35 pagi Ahad (0935 GMT), semua tiket habis dijual.
Pentas tak tepati piawaian keselamatan, Dua Lipa batal konsert di Jakarta
Pembatalan konsert tersebut ternyata mengecewakan peminat setia Dua Lipa yang menantikan untuk menonton persembahan idola mereka.
Peminat cedera kena letupan bunga api di konsert Dua Lipa
Letupan bunga api tersebut dipercayai diseludup masuk oleh peminat dan membakarnya sewaktu konsert berlangsung.
Maaf, bukan Ariana Grande tapi Selena Gomez yang akan bersama Blackpink
Mesti ramai yang tak sabar nak tunggu kolaborasi Blackpink dengan Selena Gomez.
Ariana Grande bakal sertai Blackpink?
Perkara tersebut diumumkan sendiri oleh YG Entertaiment melalui satu kemas kini di akaun Twitter pada Khamis.
Bukan lagi mimpi, Blackpink sah berduet dengan Lady Gaga
Berita baik bagi peminat muzik Kpop, lebih-lebih lagi peminat kumpulan sensasi Kpop, Blackpink.
Dua Lipa luang masa bersama Anwar di New York
Meskipun kedua-duanya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hubungan mereka bedua.
'Bukan ancaman besar' - Da'i Wan tak kisah diserang peminat Dua Lipa dalam isu LGBT
Da'i Wan berpendapat apa sahaja bentuk tentangan tidak akan menjejaskan kekuatan umat Islam.
Hael Husaini berjaya "Jampi" Dua Lipa
Siapa yang tak gembira apabila cintanya dibalas, malah yang membalas bukannya calang-calang orang.
95 peratus artis Malaysia tidak mahu ke peringkat antarabangsa - Joe Flizzow
Joe Flizzow yang memenangi Artis Pilihan Asia Tenggara di MTV Europe Music Awards 2018 di Sepanyol menyifatkan kemenangannya itu satu batu loncatan untuk mengembangkan kerjayanya.