HIBURAN

Persembahan penuh emosi Kelly Clarkson di pentas American Idol

Syafique Shuib 27/02/2016 | 23:44 MYT
Dengan lirik yang begitu mendalam, Clarkson tidak dapat menahan emosinya dan terpaksa berhenti seketika.
KELLY Clarkson akhirnya kembali ke pentas American Idol, sempena musim terakhir rancangan realiti nyanyian itu.

Juara musim pertama itu menyanyikan lagu terbarunya ‘Piece By Piece’, dimana lirik lagu berkenaan mengisahkan tentang hubungan dingin antara seorang bapa dan anaknya yang diinspirasikan oleh kehidupan Clarkson sendiri.

Dengan lirik yang begitu mendalam, Clarkson tidak dapat menahan emosinya dan terpaksa berhenti seketika sebelum meneruskan persembahan.

BACA: Kelly Clarkson bakal kembali ke pentas 'American Idol'

Persembahan beliau mendapat tepukan gemuruh oleh hos Ryan Seacrest, juri tetap Jennifer Lopez, Harry Connick Jr dan Keith Urban.

Para penonton kemudian turut terkesan dengan memanggil nama Clarkson setelah melihat beliau menangis di pentas.

Sumber: YouTube/American Idol

“Saya hamil, ia begitu nostalgik, dan saya tidak percaya ia adalah musim terakhir. Saya minta maaf,” jelas Clarkson setelah membuat persembahan.

Netizen turut memuji persembahan Clarkson.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.


An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.


An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.


An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

American Idol membuka tirai pada awal Januari dan musim ke-15 ini adalah musim terakhir sejak ia mula disiarkan pada 2002.
#American Idol #Kelly Clarkson #Piece by Piece #rancangan realiti nyanyian