awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persembahan pertama Avril Lavigne selepas pulih penyakit Lyme

Shamil Hizamie
Shamil Hizamie
27/07/2015
06:36 MYT
Persembahan pertama Avril Lavigne selepas pulih penyakit Lyme
Avril Lavigne membuat persembahan pertama dalam tempoh setahun selepas pulih daripada penyakit Lyme.
AVRIL Lavigne membuat persembahan pertamanya pada malam Sabtu lepas sejak didiagnos dengan penyakit Lyme tahun lalu.
Penyanyi berusia 30 tahun itu mendendangkan lagu terbarunya berjudul "Fly" semasa upacara pembukaan sukan Paralimpik di Amerika Syarikat.
Sejak mengumumkan dirinya menghidap penyakit bawaan sengkenit pada Disember lalu, Lavigne tidak membuat sebarang persembahan mahupun kemunculan di mana-mana media.
"Saya berbangga dapat mempersembahkan lagu saya di majlis pembukaan Sukan Paralimpik pada malam ini," kongsi Lavigne di laman Instagramnya.
Penyanyi yang popular dengan lagu "Complicated" itu turut mengucapkan tahniah kepada semua para atlet yang bertanding. Beliau juga merakam ucapan terima kasih kepada mereka yang menyokong yayasannya iaitu Avril Lavigne Foundation.
Honored to have performed my song Fly at the opening ceremony for the Special Olympics tonight. All proceeds go to support the Special Olympics. This was a very beautiful night for me. Congratulations to all the athletes. Thank you to everyone who supports the Avril Lavigne Foundation. It has been a difficult year fighting through Lyme Disease for me and I am so happy to have made it on stage tonight for the first performance in a year. Thank you for having me and please enjoy my song Fly. I wrote this song to encourage people who are facing challenges, to encourage strength and to empower. Xoxo
A photo posted by Avril Lavigne (@avrillavigne) on
Jul 25, 2015 at 9:57pm PDT
"Ini merupakan tahun yang sukar kerana perlu mengharungi penyakit Lyme, namun saya berasa amat gembira kerana diberi peluang berada di atas pentas pada malam ini.
"Saya karang lagu ini untuk menggalakkan orang ramai supaya lebih berani menempuhi cabaran dan memberi kekuatan kepada diri," tambahnya lagi.
Penyakit Lyme telah menyebabkan bintang kelahiran Kanada itu terlantar selama lebih lima bulan sehingga benar-benar pulih.
Lagu "Fly" ditulis Lavigne bersama suaminya, Chad Kroeger, dan David Hodges, bagi mengutip dana buat Avril Lavigne Foundation. Badan amal itu ditubuhkan oleh Lavigne untuk menyokong anak-anak muda kurang upaya serta penyakit-penyakit yang mengancam nyawa.
Lavigne kini dalam proses merakamkan album studio keenamnya selepas dua tahun menyepi tanpa keluaran terbaharu.
Topic Berkaitan
#Avril Lavigne
#fly
#Lyme
#Paralimpik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan