awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persembahan terbalik Naim Daniel diiktiraf Malaysia Book of Records

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
22/03/2023
14:09 MYT
Persembahan terbalik Naim Daniel diiktiraf Malaysia Book of Records
Persembahan yang memukau itu bukan sahaja berjaya menarik perhatian penonton malah diiktiraf Malaysia Book Of Records sebagai artis pertama yang membuat persembahan secara terbalik. - Foto: Instagram/@NaimDaniel
IDEA persembahan di luar kotak!
Mungkin itu yang boleh digambarkan semasa penyanyi, Naim Daniel mempersembahkan lagu Mainan di Anugerah Juara Lagu ke-37 bulan lalu.
Persembahan yang memukau itu bukan sahaja berjaya menarik perhatian penonton malah diiktiraf Malaysia Book Of Records sebagai artis pertama yang membuat persembahan secara terbalik.
Naim yang juga pelakon drama bersiri, Projek: High Council berkata, pengiktirafan itu merupakan satu pembukaan yang baik buat dirinya sebelum melangkah ke bulan Ramadan tahun ini.
“Hilang dalam kegembiraan sekarang sebenarnya. Satu pembukaan yang baik buat saya sebelum melangkah ke bulan Ramadan tahun ini.
“Terima kasih di atas sokongan dan cinta kalian semua yang telah menyokong kerjaya saya dari awal sehingga ke hari ini.
“Hari ini, satu lagi sejarah tercatat untuk perjalanan saya sebagai anak seni dan ia takkan berhenti di sini, selagi saya menghirup nafas daripada semangat dan doa yang kalian berikan,” katanya menerusi kemas kini di laman Instagram miliknya pada Rabu.
View this post on Instagram
A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx)
Pada masa sama, Naim turut menyeru kepada semua anak seni untuk terus berani mencuba dalam setiap perkara yang mereka lakukan.
Lagu Mainan ciptaan Firdaus Rahmat, Omar K dan Mas Dewangga serta lirik oleh Arisz Ab Rahman sehingga kini berjaya mendapat 1.4 juta pendengar di laman YouTube.
Topic Berkaitan
#Naim Daniel
#mainan
#Malaysia Book of Records
#persembahan terbalik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan