PELAKON Mimi Lana memohon doa yang baik-baik daripada semua selepas kekasihnya, aktor Syafiq Kyle memaklumkan mereka bakal menamatkan zaman bujang selepas sambutan Aidilfitri tahun ini.
Mimi atau nama sebenarnya, Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 27, berkata, dia sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai isteri.
“Saya dan Syafiq pun sudah berkawan lama. Doakan saya.
"Sejujurnya memang ada sedikit rasa berdebar sebab bakal melangkah ke suatu fasa yang lebih serius dalam hidup.
“Tapi tidaklah rasa gemuruh yang keterlaluan, mungkin momen itu belum sampai lagi.
"Untuk waktu ini, saya banyak berdoa supaya kami berdua dapat laluinya dengan baik, tiada masalah. Itu sahaja yang saya harapkan.
“Seperti apa yang Syafiq kongsikan kepada media sebelum ini, begitulah. Tiada ada yang boleh saya ulas lanjut mengenainya.
“Saya risau juga kalau asyik berkongsi, peminat pun naik bosan sebab hal yang sama. Tapi itulah hakikatnya, insya-Allah dalam tahun ini juga (berkahwin),” katanya kepada MH.
Mimi berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Kempen Ramadan Raya ‘Seindah Kasih’ Media Prima Berhad di Glenmarie, pada Sabtu.
Mengulas mengenai persiapan menuju hari bahagia, Mimi mengakui dia dan Syafiq tidak cerewet dan saling berbincang.
“Persiapan setakat ini berjalan lancar. Kalau nak bercakap mengenai hal perkahwinan, rasanya ia sama seperti pasangan lainnya juga.
“Cuma syukur kerana kami sudah lama mengenali jadi proses tersebut menjadi lebih mudah. Semuanya mengikut apa yang telah dirancangkan, masing-masing juga sudah tahu peranan.
“Malah ahli keluarga kami pun sangat menyokong. Alhamdulillah setakat ini, lebih 50 peratus persiapan sudah dilakukan, sudah separuh jalan,” katanya lagi. -Media Hiburan
Media Hiburan
Sun Mar 19 2023

Mimi Lana mohon doa yang baik-baik daripada semua selepas kekasihnya Syafiq Kyle memaklumkan mereka bakal menamatkan zaman bujang selepas sambutan Aidilfitri tahun ini. -Media Hiburan

Penjawat awam Selangor terima satu bulan gaji
Anggota perkhidmatan kerajaan negeri Selangor akan menerima bonus satu bulan gaji atau minimum RM1,000 selewat-lewatnya pada 21 April depan.

Ada pengeluar mulai libat urus dengan KPDN - Fuziah Salleh
KPDN juga sedang berunding bersama pihak pengeluar mengenai inisiatif jualan Rahmah. Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh berkata, meskipun ramai pihak industri terlibat ketika ini, namun libat urus itu memerlukan masa.

Sukan SEA: Skuad taekwondo jalani persiapan di Korea Selatan
Berbaki dua bulan menuju ke Sukan SEA Kemboja pada Mei, skuad taekwondo negara akan berkampung di Korea selama tiga minggu sebagai persiapan fasa akhir.

10 Berita Pilihan - (31 Mac 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 31 Mac 2023.

Tumpuan - 1 April 2023
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI.

Lebih 12,000 pendatang asing diusir ke negara asal sejak Januari 2023
Seramai 12,380 pendatang tanpa izin telah diusir oleh Jabatan Imigresen (JIM) sejak Januari hingga 29 Mac lepas, kata Ketua Pengarahnya Datuk Ruslin Jusoh.

Pinda tempoh notis kebankrapan kepada 30 hari - Peguam
Peguam dan Rakan Kongsi Tetuan Hizri Azad & Azmir, Hizri Hasshan berkata antara pindaan yang diperlukan untuk membantu individu yang berdepan tindakan kebankrapan ialah memanjangkan tempoh notis kebankrapan daripada tujuh hari kepada 30 hari. Ini akan memberi lebih masa kepada individu tersebut untuk mengurus pembayaran semula hutang.

Program literasi kewangan AKPK perlu mesra pengguna internet
Pengarah Bersekutu BowerGroupAsia, Hafidzi Razali berkata program literasi kewangan Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK) perlu mesra pengguna internet. Strategi tersebut mampu mendekati lebih ramai anak muda yang merupakan golongan 60 peratus daripada individu yang diisytiharkan bankrap di Malaysia.

Persiapan kahwin kini 50 peratus, Mimi Lana mohon doakan yang terbaik
Mimi berkata dia sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai isteri.

Syafiq Kyle kahwin Mimi Lana selepas raya
Setakat ini persiapan perkahwinan berjalan lancar.

"One step closer!" - Syafiq Kyle, Mimi Lana selamat bertunang
Pasangan pelakon Syafiq Kyle dan Mimi Lana telah selamat mengikat tali pertunangan pada Sabtu.

Mimi Lana sanggup tarik diri daripada penggambaran Dior sebab..
Rata-rata peminat yang mengikuti perkembangan Mimi, sangat gembira dan menyokong tindakan pelakon tersebut.

Memang mega... Filem Pusaka raih lebih RM11 juta dalam masa 18 hari tayangan!
Hebatnya Pusaka!