BAGI peminat tegar filem adiwira terutama pengikut setia Marvel Cinematic Universe (MCU) terbitan Marvel Studios, siri-siri filem daripada mereka sangat ditunggu-tunggu di seluruh dunia.

Selepas kejayaan filem Avengers: Infinity War, peminat terus menanti apakah kesudahan siri Avengers ini selepas Thanos telah melenyapkan hampir separuh dari kehidupan yang ada di alam semesta.

Sejak peristiwa itu, peminat sering bertanya bilakah trailer filem Avengers 4 akan keluar untuk sekurang-kurangnya mengubati rindu mereka terhadap adiwira pujaan mereka.

Terima kasih kepada Erick Weber, wartawan Critics' Choice akhirnya persoalan itu terjawab. Tetapi bukan hanya satu persoalan, tetapi tiga tanda tanya sudah ada bayangan jawapannya sendiri dan dijawab sendiri oleh bos Marvel, Kevin Feige.


Trailer filem Avengers 4, dikatakan akan disiarkan dalam masa dua bulan, sekali gus bermakna ia mungkin menemui peminat pada penghujung tahun ini.

Ada juga spekulasi mengatakan bahawa trailer filem ini akan di keluarkan pada 29 November 2018, kerana tarikh itu adalah tarikh ulang tahun pertama trailer filem Avengers: Infinity War, yang pernah mencatatkan rekod sebagai trailer filem terbesar dan paling banyak ditonton di Youtube.

Bagaimanapun, tajuk khusus utk siri filem Avengers keempat ini masih belum diketahui.

Sementara itu, khabar kedua adalah mengenai adiwira laut Namor, yang turut berkemungkinan besar akan mempunyai filem sendiri. Cuma mungkin filem Namor masih lagi dalam peringkat perbincangan.

Akhir sekali adalah tentang filem Guardian of The Galaxy 3 masih lagi tidak ada jawapan muktamad. Filem berkenaan masih dalam status on hold sejak perginya orang kuat filem itu, James Gunn.