Personaliti radio Gegar dendang 'Hari Ini Dah Raya'

Astro Awani
April 6, 2023 03:55 MYT
Lagu tersebut didendangkan oleh personaliti Gegar seperti Aswad Jalil, Shah Muhammad, Issey, Scha Musa, Ewan Marzuki dan Tengku Rea. - Foto YouTube Gegar
KUALA LUMPUR : Sempena Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, stesen rangkaian Astro Radio, Gegar tampil dengan lagu raya.
Khas buat peminat dan pendengar saluran radio nombor satu di Pantai Timur itu, Gegar melancarkan lagu raya berjudul 'Hari Ini Dah Raya'.
Istimewanya, lagu tersebut dihasilkan oleh Emie Sukma Sari.
Bukan itu sahaja, lagu tersebut didendangkan oleh personaliti Gegar seperti Aswad Jalil, Shah Muhammad, Issey, Scha Musa, Ewan Marzuki dan Tengku Rea.
Jangan lupa tontonn video lirik 'Hari Ini Dah Raya' yang sudah dilancarkan di YouTube.
#Hari Raya Aidilfitri #Gegar #radio #lagu raya