'Pertama kali saya menjejakkan kaki ke Mekah, Madinah tanpa suami' - Nora mohon doa peminat

Gempak
Disember 3, 2018 00:00 MYT
Menerusi entri di Instagram (IG), Nora mengakui ini merupakan kali pertama dia mengejarkan ibadah Umrah tanpa ditemani oleh suaminya, komposer arwah Johan Nawawi. - Foto Astro GEMPAK
PENYANYI Nora berharap agar orang ramai dapat mendoakan perjalanannya untuk menunaikan ibadah umrah akan berjalan dengan lancar.
Menerusi entri di Instagram (IG), Nora mengakui ini merupakan kali pertama dia mengejarkan ibadah Umrah tanpa ditemani oleh suaminya, komposer arwah Johan Nawawi.
"Buat ahli keluarga yang disayangi, anak-anak, sahabat-sahabat, kenalan-kenalan serta peminat-peminat yang dikasihi @fanoratik.nora, In Shaa Allah pada 3 Disember, 2018, saya akan berangkat menunaikan umrah tajaan DSV Dato Seri Vida yang bermurah hati memberikan hadiah pakej umrah bersama Zainal Kembara, yang sangat-sangat berharga untuk saya.
"Terima kasih banyak-banyak Dato. Saya berdoa semoga Dato terus berjaya dan bahagia dalam redha Allah dunia akhirat. In Shaa Allah. Dengan rendah hati, saya ingin memohon ampun dan maaf kepada sesiapa saja yang mengenali saya, sekiranya ada tersalah apa-apa, samada sengaja atau tidak.
#Instagram #Johan Nawawi #keluarga #Madinah #Mekah #Nora Ariffin #umrah