Pesakit kanser orang pertama menonton 'Star Wars: The Force Awakens'

Syafique Shuib
November 6, 2015 13:05 MYT
Daniel Fleetwood (tengah) dibenarkan untuk menonton filem 'Star Wars: VII - The Force Awakens' sebelum tayangan perdana pada Disember. -Gambar: Twitter/Ashley Fleetwood
PERMINTAAN seorang pesakit kanser dimakbulkan apabila beliau dibenarkan untuk menonton filem ‘Star Wars: Episode VII - The Force Awakens’ - sekaligus menjadi individu pertama untuk menonton filem itu.
Tayangan perdana filem berkenaan bakal berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat pada 14 Disember dan akan ditayangkan kepada umum pada 18 Disember.
Daniel Fleetwood menghidap kanser dan doktor pada Julai berkata beliau mempunyai dua bulan untuk hidup.
Baru-baru ini, beliau menerima panggilan daripada pengarah filem ‘Star Wars: Episode VII - The Force Awakens’ J.J. Abrams dan diberi kebenaran untuk menonton filem itu.
Perkara ini disahkan oleh isteri Daniel iaitu Ashley Fleetwood, yang sebelum ini sering berkongsi tentang permintaan suami beliau sehingga wujud kempen #ForceForDaniel di media sosial.
“Kepada penyokong, kawan-kawan dan keluarga, impian Daniel dimakbulkan.
"Hari ini, pihak Disney, Bad Robot dan Lucasfilm merealisasikan impian Daniel. Daniel baru sahaja menonton ‘Star Wars: Episode VII - The Force Awakens’ versi yang belum disunting,” kata Ashley di Facebook.

Wanted to edit something: To all our wonderful supporters, friends, family and awesome strangers: Daniels final dream...

Posted by Ashley Fleetwood on
Sebelum ini, kempen #ForceForDaniel diwujudkan untuk mendesak pihak Disney membenarkan Daniel menonton filem Star Wars baharu itu.
Ia turut mendapat perhatian pelakon Star Wars Mark Hamill yang turut menyokong kempen #ForceForDaniel.
Beliau berkongsi keterujaan di Twitter apabila mendapat tahu Daniel dan keluarga dapat menonton filem terbaharu Star Wars.

I just read this and am elated for Daniel & his family! Thanks to the powers-that-be for making his dream come true. https://t.co/ImiAdyBxf8

— Mark Hamill (@HamillHimself) November 5, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
‘Star Wars: Episode VII - The Force Awakens’ akan mula ditayangkan di seluruh dunia dalam beberapa tarikh.
Di Malaysia, filem berkenaan akan ditayangkan pada 17 Disember.
#Ashley Fleetwood #Daniel Fleetwood #JJ Abrams #Mark Hamill #Star Wars