HIBURAN
Pestapora 2025: Kumpulan muzik tarik diri, tolak tajaan Freeport didakwa menjarah alam
Penganjur Pestapora mengumumkan penamatan kerjasama dengan Freeport menerusi hantaran rasmi di laman sosial Instagram Pestapora pada Sabtu.
BEBERAPA kumpulan muzik mengumumkan bantahan dan penarikan diri daripada Festival Pestapora 2025 selepas PT Freeport Indonesia tampil sebagai penaja rasmi pada hari pertama penganjuran.
PT Freeport Indonesia dikenali sebagai syarikat perlombongan kontroversi yang beroperasi di Papua. Kehadiran mereka dianggap mencemari nilai seni dan solidariti rakyat, khususnya kerana rekod pelanggaran alam sekitar dan konflik hak tanah adat di Papua.
Artis-artis yang menarik diri menyatakan penolakan terhadap penglibatan syarikat yang “menjarah alam” dan menindas komuniti tempatan.
Mereka menyifatkan penyertaan Freeport sebagai bentuk normalisasi terhadap eksploitasi, sekali gus mencetuskan tindakan solidariti kolektif dalam kalangan penggiat seni.
Antara artis yang telah menarik diri termasuk Sukatani, .Feast, Hindia, The Jeblogs, Negatifa, Leipzig, Kelelawar Malam, Rebellion Rose, Rekah, Xin Lie, Ornament, Swellow, Rrag dan Centra.
Pengumuman dibuat serentak menerusi akaun media sosial rasmi mereka.
Kemuncak bantahan bantahan berlaku apabila kumpulan pancaragam Freeport berarak masuk ke hari pertama festival dengan memaparkan kain rentang bertulis “Tembaga Bergabung di Pestapora”, mencetuskan reaksi serta-merta artis dan penonton yang mempersoalkan integriti festival itu.
Susulan bantahan itu, penganjur pada Sabtu mengumumkan penamatan kerjasama dengan Freeport.
“Bermula hari ini, Pestapora telah menamatkan kerjasama dengan PT Freeport Indonesia. Kami memberi jaminan bahawa untuk hari kedua dan ketiga festival, kami tidak lagi terikat dengan PT Freeport Indonesia,” menurut kenyataan rasmi dikongsi di laman sosial Instagram Pestapora pada Sabtu.
Pestapora 2025 merupakan festival muzik tahunan terbesar Indonesia yang berlangsung dari 5 hingga 7 September di Gambir Expo, Kemayoran, Jakarta.
Lebih 230 pemuzik dari pelbagai genre seperti pop, rock, hip hop dan dangdut dijadual tampil di 12 pentas berbeza, bersama penyertaan komuniti kreatif yang menjadikan Pestapora bukan sekadar konsert, tetapi ruang interaksi budaya dan inovasi muzik rentas generasi