Petugas barisan hadapan UK menari TikTok untuk naikkan semangat

Afiezy Azaman
April 10, 2020 03:12 MYT
Petugas barisan hadapan UK menghasilkan video tarian untuk meningkatkan semangat dan mewujudkan suasana ceria ketika berhadapan tekanan. Gambar/ Twitter @DrWalHussain
PETUGAS Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan Britain (NHS) di seluruh negara itu melakukan rutin tarian TikTok untuk meningkatkan semangat pasukan dan menggalakkan orang ramai untuk tinggal di rumah.
Beberapa video tular di media sosial sehingga mencetuskan trend itu memaparkan petugas di pelbagai hospital menari sambil mengenakan pakaian seragam mereka.
Menurut portal The Guardian, petugas perubatan di sebuah hospital di Leeds menerima lebih daripada 50,000 ciapan di Twitter apabila video TikTok mereka dimuat naik.
Petugas yang bekerja di Wad J19 di Hospital St James itu melakukan tarian bersama dalam satu cabaran tarian iaitu The Blinding Lights The Weekend yang menjadi trending di Internet sejak beberapa minggu lalu.
Ahli Perunding Dermatologi, Dr. Walayat Hussain yang ditugaskan untuk merawat pesakit COVID-19 berkongsi video itu di Twitter sambil berkata : "Saya bukan pengaruh buruk di wad... Pasukan hebat di J19. 'Work hard, play hard'.

Im definitely not a bad influence on the ward...... Fantastic team on J19. Work hard, play hard @ClareLSmith @julianhartley1 @LeedsHospitals @NHLeeds @SpireLeeds @CAHTriTeam1 pic.twitter.com/sqDBP5As8b

— Yorkshire Dermatologist (@DrWalHussain) April 7, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bercakap kepada The Evening Post The Yorkshire, Dr Hussain berkata, pasukan di situ sangat hebat dan video itu benar-benar membantu mereka untuk mengenali antara satu sama lain dan meningkatkan moral dan semangat.
"Mengekalkan semangat yang baik adalah sangat penting pada masa ini - di Leeds Teaching Hospitals, kita mempunyai kakitangan kesihatan dan rangkaian yang baik serta sokongan hebat daripada orang awam melalui sumbangan amal kepada kami di Leeds Cares," katanya.
Mereka merupakan salah satu hospital yang membuat trend baharu itu.
Dalam pada itu, kumpulan dari pasukan kardiologi di Hospital New Cross di Wolverhampton turut membuat video mereka melalukan tarian TikTok di koridor dan mendapat 1,000 tanda suka.

New Cross Cardiology team Let's show these ladies our appreciation https://t.co/gP7SUuxDaT#VoicesForNewCross #NHS #Wolverhampton pic.twitter.com/0wqeCrqIyx

— Voices For New Cross (@VoicesForNHS) April 2, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagaimanapun, kakitangan di Hospital Telford NHS dan Shrewbury membawa ke peringkat seterusnya apabila bekerjasama dengan paramedik, polis dan anggota bomba untuk membuat video itu di sebuah tempat letak kereta.
"Menunjukkan kemahiran bekerja dalam pasukan adalah baik! Kami berharap ia membuatkan anda tersenyum seperti ia lakukan kepada kami!," katanya dalam catatan di Facebook/
Sementara itu, kakitangan dari jabatan pembedahan pesakit luar di Hospital Calderdale Royal meminta orang ramai untuk berada di rumah sambil melakukan tarian TikTok.
Pekerja sokongan klinikal, Helen Sykes,44, mengatur tarian itu dan memuat naik video ke aplikasi TikTok dan menganggap ia menjadi cara yang baik untuk menyampaikan mesej tersebut.
"Sambutan dan sokongan yang kami dapat amat mengagumkan. Kami dibanjiri dengan orang ramai yang mengulas dan berkongsi video, kali terakhir saya periksa ia mempunyai 4,700 tontonan.
"Sekarang adalah waktu yang sangat emosional kepada petugas NHS...Kami di sini menyelamatkan nyawa dan kami mahu orang ramai benar-benar berfikir tentang apa yang mereka lakukan dan tinggal di rumah sekerap mungkin," katanya kepada Halifax Courier.
Pengurus Sokongan Klinikal, Ruth Inlay menambah: "Saya sangat bangga kakitangan memberikan senyuman kepada wajah semua orang."
Bulan lalu, video kakitangan barisan hadapan di Hospital Basildon di Essex tular dengan 600,000 tontonan.
#bomba #Dr Walayat Hussain #Hospital #Leeds Cares #moral #NHS #paramedik #Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan #polis #rangkaian #rumah #semangat #tarian #the guardian #TikTok #trend #Tular #video