Pihak berkuasa sahkan kematian Naya Rivera akibat kemalangan

Agensi
Julai 15, 2020 02:08 MYT
Keputusan autopsi konsisten dengan lemas, kata pihak berkuasa. - Foto/Instagram
Kematian aktres Naya Rivera disahkan sebagai akibat kemalangan.
Bintang Glee itu meninggal dunia pada usia 33 tahun selepas hilang ketika menaiki bot bersama anak lelakinya yang berusia empat tahun, pada 8 Julai lalu.
Pihak berkuasa mengesahkan pada Isnin bahawa mayat yang ditemui dalam misi mencari dan menyelamat di Tasik Piru, California, adalah mayat Rivera.
Satu dokumen dikeluarkan oleh Pejabat Pemeriksa Perubatan Daerah Ventura mengenai punca kematian Rivera.
"Keputusan bedah siasat konsisten dengan lemas dan keadaan mayatnya juga begitu.
"Tidak ada kecederaan lain yang disebabkan trauma tertentu dan tidak ada petunjuk dadah atau alkohol menjadi punca kematian.
"Bagaimanapun, spesimen darah akan diserahkan untuk ujian toksikologi," menurut catatan dalam dokumen tersebut.
Penyiasat sebelum ini memaklumkan ada kemungkinan Rivera dihanyutkan pusaran air dan hanya mampu menyelamatkan anaknya.
BACA: Rakan-rakan Naya Rivera beri penghormatan terakhir, ada peminat syak Glee suatu 'sumpahan'
BACA: Polis sahkan penemuan mayat Naya Rivera
#bot #California #kemalangan #lemas #mayat #meninggal dunia #Naya Rivera