Pilih kasih atas alasan publisiti dan promosi adalah bodoh dan keji - KOMFIT

Tengku Faeza Mastura
November 18, 2016 02:46 MYT
Amerul meluahkan perasaannya yang kesal apabila diberitahu namanya terpaksa digantikan dengan pelakon lain di laman sosial Twitter. - Youtube - Astro Shaw (Terbaik Dari Langit)
STESEN televisyen lebih mementingkan dan mengutamakan paras rupa berbanding bakat.
Selain itu, pengikut yang ramai di laman sosial turut menjadi faktor dalam memilih pelakon bagi drama-drama di stesen mereka, menurut kenyataan yang diedarkan Komuniti Filem Titiwangsa (KOMFIT) di laman Facebook.
“Sikap stesen TV yang lebih mementing dan mengutamakan rupa paras dari bakat serta mendahulukan pelakon yang lebih ramai pengikut di media sosial berbanding mutu dan komitmen lakonan seseorang pelakon dengan menggunakan alasan publisiti dan promosi adalah sesuatu yang amat bodoh dan keji,” kata kenyataan itu.
Kenyataan tersebut dikeluarkan susulan kekecewaan yang dirasai oleh pelakon Amerul Affendi apabila namanya ditolak oleh sebuah stesen televisyen kerana tidak mempunyai kriteria yang diperlukan oleh stesen televisyen berkenaan.
KOMFIT memandang serius terhadap isu tersebut memandangkan sudah beberapa kali Amerul tidak melepasi saringan bakat di stesen televisyen sejak tahun 2009.
KOMFIT menyifatkan perkara yang semakin bermaharajalela dalam industri penyiaran negara ini sebagai suatu kerugian besar kepada industri apabila gejala buruk, jahat, tidak professional dan tidak adil sebegini diamalkan oleh stesen televisyen.
Amerul meluahkan perasaannya yang kesal apabila diberitahu namanya terpaksa digantikan dengan pelakon lain di laman sosial Twitter.

Aduh, nama masih tak lepas kat Tv3.. Maaf ye tuan sutradara tak dapat nak bersama menjayakan karya tuan.. InsyaALLAH di lain waktu.. /p>— AmerulAffendi (@Amerul_Affendi) November 8, 2016

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Luahan Amerul Affendi itu menarik reaksi beberapa peminat yang rata-rata turut meluahkan kekesalan dan memberikan semangat kepada beliau di laman sosial.

@Amerul_Affendi ouch, such a waste :( moga rezeki abg merul dipermudahkan selalu, your talent is pure!

— Puteri N. Balqis (@ayyputeri) November 8, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@Amerul_Affendi awak sangat berbakat, aling x leh move on bila awak bawak watak azman picasso dlm filem pekak ,,watak mayang pon same haih

— MH (@Eyna_Amm) November 17, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@Amerul_Affendi kenapa tak lepas?!no wonder tak pernah nampak kat sana.

— faamuhadi (@faamuhadi) November 8, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurut kenyataan KOMFIT, mereka tidak bersetuju dengan tindakan stesen televisyen berkenaan dan meminta penjelasan atas tindakan tersebut.
Amerul Affendi pernah terlibat dalam beberapa filem seperti Polis Evo dan Pekak.
#amerul affendi #Komfit #Pelakon Malaysia #pilih kasih