'Pink Youth' buah tangan terbaharu Yuna, kolaborasi bersama Little Simz

Asyraf Roslan
Jun 30, 2019 04:28 MYT
Kali ini pemilik nama Yunalis Zarai, berkolaborasi bersama dengan bintang rap dari United Kingdom, Little Simz - Gambar INSTAGRAM / @littlesimz, @yuna
SELEPAS kolaborasi Yuna bersama bintang rap Amerika Syarikat G-Eazy menerusi single berjudul Blank Marquee mendapat tempat di hati peminat, penyanyi yang berpangkalan di Los Angeles Amerika Syarikat itu tampil pula dengan lagu terbaharu, Pink Youth.
Kali ini pemilik nama Yunalis Zarai, 32, berkolaborasi bersama dengan bintang rap dari United Kingdom, Little Simz.
Sejak ia dilancarkan, lagu tersebut sudah mendapat lebih 25,000 pendengar di laman YouTube.
BACA : Lagu bertaraf Grammy? Yuna dan G-Eazy cipta magis menerusi Blank Marquee
BACA : Kolaborasi Yuna bersama Tyler, The Creator bermula daripada ais krim?
Dan sudah pasti, ramai yang akan ternanti-nanti video muzik daripada Yuna menerusi lagu terbaharu ini.
Apakah kejutan yang mungkin dibawakan oleh Yuna pula kali ini?
Sama-sama kita nantikan.
#Lagu #Little Simz #Pink Youth #Single #Yuna