DARI hobi suka-suka ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kini pempengaruh berjaya bawa resepi pizanya ke Itali mewakili Malaysia.
Isterinya yang dikenali sebagai Cik Epal berbangga dengan kejayaan suaminya kerana memaklumkan piza Jofliam kini diiktiraf oleh Chef Pizza, Certified Pizzaiolo.
“Sangat susah orang Itali nak bawa bendera negara lain, tapi Salva sanggup demi @jofliam . Terima kasih Salva. 50 pasukan dari seluruh Itali termasuk AS dan satu pasukan mewakili Malaysia.
“Dari hobi suka-suka masa PKP, kini @jofliam sah certified Chef Pizza @ certified Pizzaiolo. Masin mulut Han. Bila cikgu dia tanya ayah dia kerja apa? Han cakap papa Chef,” katanya.
Cik Epal berkongsi perkara berkenaan di laman TikTok miliknya.
Lebih membanggakan, Cik Epal memberitahu pasukan Jofliam berjaya mendapat tempat keempat daripada 50 pasukan daripada negara lain.
“Ikut markah, pasukan @jofliam dapat top 4 dalam 50 pasukan yang bertanding. Aku masih bangga @jofliam bawa nama Malaysia dalam pertandingan piza ni.
“Pembuat pizza yang famous dekat Itali pun kenal @jofliam piza wagyu dari Malaysia. Fantastic bak kata Yuki,” ujarnya.
Sementara itu, Jofliam pula menerusi akaun Instagram miliknya memberitahu ia atas usahanya sendiri dan tidak mendapat sokongan atau pembiayaan terutama daripada kerjaan Malaysia.
“Saya merelakan diri. Tiada siapa paksa. Kos semua dibiaya saya sendiri sejak mula sebab saya yang rela.
“Sangat susah untuk orang Itali nak mewakili bendera negara lain selain Itali sebab orang Itali tersangat lah bangga dengan Itali.
“Untuk Salva,dia sanggup mewakili Malaysia.Ini adalah satu penghormatan untuk saya.
“Tapi kalau kerajaan Malaysia sudi membawa Salva dan teammate saya untuk ke Malaysia, mengenali Malaysia, budaya Malaysia, orang Malaysia yang sangat budiman, keindahan Malaysia, pembangunan Malaysia, saya sangat lah berbesar hati.
“Saya tak mampu nak reach kerajaan Malaysia atau Perdana Menteri @anwaribrahim_my .
“Apa pun saya ulang disini, saya di sini demi tanah air tercinta, atas kerelaan saya sendiri, tiada paksaan,” luahnya.
Hanya mengambil tempahan menerusi Instagram Jofliam, bapa kepada dua anak ini menerusi media sosial sebelum ini pernah mendapat tempahan mencecah puluhan kotak.
Lebih mengagumkan, dia sendiri yang membuat pizza dari proses mengadun doh, membakar hingga dihantar kepada pelanggan tanpa bantuan staf.
Pizza wagyu Jofliam mula dijual sekitar tahun 2021 dan pasangan suami isteri ini pernah tular di media sosial kerana niat murni mereka mengagihkan pizza berkenaan kepada mangsa-mangsa banjir.
Difahamkan pizza wagyu Jofliam berharga RM150 sekotak. Walau dilabel harga kayangan tapi rata-rata komen daripada pembeli mengakui ia berbaloi kerana sedap, lembut dan daging wagyunya ialah daging gred tinggi dari Australia. -- Gempak
Gempak
Thu May 25 2023

Pasukan Jofliam berjaya mendapat tempat keempat daripada 50 pasukan daripada negara lain. - Gempak

Erdogan mengundi pada pusingan kedua pilihan raya presiden
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan mengundi pada pusingan kedua pilihan raya presiden pada Ahad.

RUU Majlis Media Malaysia dijangka dibentang di Parlimen selewatnya Mac 2024 - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia dijangka akan dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya Mac tahun hadapan.

Pengembara terpaksa beratur lebih sejam di terminal feri Labuan
Keadaan sesak itu dijangka berlarutan hingga hujung minggu depan.

HAWANA 2023: Media tradisional harus bekerjasama dengan pengiklan untuk cipta lebih banyak peluang
Media tradisional harus bekerjasama rapat dengan pengiklan untuk mencipta dan menginovasi lebih banyak peluang untuk meningkatkan kesedaran jenama sebagai salah satu alat pemasaran dalam era digital.

Penyusutan ringgit: Kerajaan belum cadang semak semula unjuran pertumbuhan ekonomi - Rafizi
Kerajaan belum bercadang untuk menyemak semula unjuran pertumbuhan ekonomi negara tahun ini susulan penyusutan mata wang ringgit dua minggu kebelakangan ini.

PBAKL 2023 dapat sambutan meriah golongan muda
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023 yang bermula Jumaat lalu di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) mendapat sambutan meriah terutama daripada golongan muda.

Menteri Agama cadang tubuh pusat mediasi selesai isu Islam, bukan Islam
Menteri Agama mencadangkan satu pusat mediasi di luar konteks mahkamah ditubuhkan bagi menyelesaikan pertikaian membabitkan antara orang Islam dan bukan Islam.

Masters Malaysia: Semangat juang Pearly-Thinaah tawan hati rakyat Malaysia
Pearly Tan-M Thinaah, menamatkan perjalanan penuh cemerlang dalam Kejohanan Badminton Masters Malaysia apabila dinobat sebagai naib juara di Arena Axiata, Bukit Jalil sebentar tadi.

Tiada keperluan tubuh jawatankuasa khas selamatkan Tanah Rizab Melayu di Kedah - Sanusi
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata tiada keperluan untuk menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyelamatkan Tanah Rizab Melayu di negeri itu.

HAWANA 2023: Majlis Media perlu bebas daripada campur tangan kerajaan
Taufiqurrahman berkata badan itu penting dalam memastikan media negara berkenaan bebas daripada campur tangan kerajaan.

Piza Jofliam wakil Malaysia bertanding di Itali, dapat 'top 4' daripada 50 peserta!
Dari hobi suka-suka ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kini pempengaruh berjaya bawa resepi pizanya ke Itali mewakili Malaysia.