HIBURAN
PM Anwar hadir pratonton filem ‘Taj Mahal’ bersama sahabat lama
Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri pratonton khas filem Bollywood 'Taj Mahal: An Eternal Love Story' arahan Akbar Khan (kiri) di IOI City Mall, di sini petang ini. - fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri pratonton khas filem Bollywood Taj Mahal: An Eternal Love Story di IOI City Mall, di sini, hari ini, sekali gus menyantuni sahabat lamanya, pengarah dan penerbit filem berkenaan, Akbar Khan.
Ringkasan AI
Sesi berkenaan menjadi medan pertemuan semula antara Anwar dan Akbar yang pernah berinteraksi dalam pelbagai acara budaya sebelum ini, sekali gus mengeratkan hubungan persahabatan dan diplomasi budaya antara Malaysia dan India.
Anwar berada di lokasi selama kira-kira 30 minit bagi menyaksikan sebahagian babak filem epik itu yang memaparkan kisah percintaan agung Maharaja Mughal, Shah Jahan dan isterinya, Mumtaz Mahal, sehingga terbinanya monumen ikonik Taj Mahal di Agra, India.
Filem berskala besar arahan Akbar Khan itu menampilkan lokasi penggambaran asli di India serta sinematografi yang menyerlahkan keindahan seni bina Mughal, disertai barisan pelakon ternama Bollywood seperti Kabir Bedi, Zulfikar Sayed, Manisha Koirala, Arbaaz Khan dan Sonya Jehan.
Karya ini turut mengangkat tema pengorbanan, cinta sejati dan warisan budaya, menjadikannya sebuah penghormatan kepada salah satu keajaiban dunia yang diiktiraf Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Budaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Taj Mahal: An Eternal Love Story pernah dianggap antara produksi Bollywood paling mahal pada zamannya dan dipasarkan sebagai projek yang mempamerkan kekayaan sejarah serta seni bina India kepada dunia.
Tayangan filem itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, B N Reddy, Duta Poland ke Malaysia, Krzysztof Dobrowolski, serta Timbalan Ketua Perwakilan Mesir, Fatma AlZahraa Hassan Abdelkawy.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri meluangkan masa menghadiri pratonton khas filem Taj Mahal: An Eternal Love Story arahan Akbar Khan di IOI City Mall.
- Filem berskala besar ini memaparkan sinematografi indah seni bina Mughal dan dibintangi pelakon ternama seperti Kabir Bedi, Sonya Jehan, Manisha Koirala dan Arbaaz Khan.
- Filem ini dianggap antara produksi Bollywood paling mahal pada zamannya dan menjadi penghormatan kepada warisan Taj Mahal yang diiktiraf UNESCO, dengan tema cinta sejati, pengorbanan dan keindahan peradaban.