awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar sampaikan sumbangan kepada Ebby Yus, doakan segera sembuh

Bernama
Bernama
09/05/2024
06:20 MYT
PM Anwar sampaikan sumbangan kepada Ebby Yus, doakan segera sembuh
Ahmad Farhan mewakili Anwar menziarahi Ebby Yus pada Rabu. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada pelakon dan pelawak Ebby Yus untuk kegunaan harian dan perubatannya.
Hantaran di media sosial Anwar hari ini memaklumkan sumbangan itu disampaikan melalui Setiausaha Politik beliau, Ahmad Farhan Fauzi semalam ketika menziarahi Ebby yang sedang menderita akibat pelbagai komplikasi penyakit kronik, sekali gus menghadkan penglibatannya dalam dunia seni.
"Mendoakan agar beliau terus kuat dan dikurniakan afiyah sesegera mungkin, Insya-Allah," kata Anwar dalam hantaran itu.
Disember lepas Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid, 58, dilaporkan telah menjalani pembedahan memasukkan perentak jantung susulan menghadapi masalah lemah jantung.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Pelakon dan pelawak
#Ebby Yus
#menderita penyakit kronik
#Ahmad Farhan Fauzi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan