Pokok menangis kalau tahu dijadikan buku Fattah Amin - Netizen

Gempak
Februari 13, 2017 10:14 MYT
Selepas, melancarkan buku berjudul 99 Kata-Kata Fattah Amin pada Sabtu lalu, pelakon Suri Hati Mr Pilot itu telah dikecam teruk netizen. - Gambar Astro GEMPAK

Selepas, melancarkan buku berjudul ’99 Kata-Kata Fattah Amin’ pada Sabtu lalu, pelakon Suri Hati Mr Pilot itu telah dikecam teruk oleh segelintir netizen.

Merusi laman sosial Facebook dan Twitter, Fattah Amin tidak henti-henti dikutuk netizen yang tidak berpuas hati dengan isi kandungan buku tersebut.
Selain kandungan, mereka turut mempertikaikan tentang harganya yang mahal tidak setimpal dengan kualiti buku tersebut.
MESTI BACA: Perkenalan dengan kerabat Selangor buat Neelofa dan Fattah Amin 'berjauhan'?
Dakwa mereka, buku tersebut hanya dipenuhi swafoto Fattah dengan ‘ayat entah apa-apa’ dan tidak layak dibukukan pun.
*foto-foto komen di ambil dari OhBulan*
Terdahulu, Fattah memberitahu mStar Online lakonannya yang sering dikritik sebagai kayu adalah inspirasi kepadanya untuk menerbitkan buku tersebut.
"Buku ini terdapat kata-kata yang memberi semangat kepada saya dan saya kumpulkan sejak bergelar anak seni.

#ICYMI: Fattah Amin turun padang untuk program Busking Aid

"Saya mahu berkongsi dengan peminat supaya mereka turut mendapat inspirasi daripada buku ini.

"Antara kata-kata yang paling saya ingat ialah berkaitan dengan lakonan kerana dulu saya pernah dikritik seperti kayu, tapi kayu lagi lama lagi bernilai," ujarnya.

#99 kata-kata Fattah Amin #netizen #Suri Hati Mr Pilot