[TERKINI] Amir Hamzah Jalankan Tugas Menteri Ekonomi Berkuat Kuasa Serta-Merta – RMK13 Jadi Tumpuan | Berita Lanjut di Sini
ENTERTAINMENT

Polis Evo 3 muncul filem nombor satu negara

Kenyataan Media 04/06/2023 | 13:40 MYT
Berita gembira ini turut dikongsi pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam di Instagram syarikat produksi Skop Productions pada Sabtu.- ASTRO SHAW
KUALA LUMPUR: Filem Polis Evo 3 terus mencatat kecemerlangan apabila muncul sebagai filem nombor satu di Malaysia untuk tahun 2023.
Filem arahan pengarah Syafiq Yusof itu terus mencatat kejayaan apabila berjaya mengutip RM30 juta dalam masa sembilan hari di seluruh negara termasuk Brunei dan Singapura.
Berita gembira ini turut dikongsi penerbit dan pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam di Instagram syarikat produksi Skop Productions pada Sabtu.
"Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penonton yang mana sehingga semalam RM 30 juta dalam masa sembilan hari sahaja. Sebagai penerbit Skop Productions, saya harap sokongan berterusan dan saya juga amat berbesar hati melihat sokongan penonton di seluruh Malaysia.
"Segala yang baik datang daripada Allah SWT," ucapnya penuh syukur.
Polis Evo 3 yang menelan belanja RM6 juta itu menampilkan pelakon handalan antaranya Zizan Razak dan Shaheizy Sam, Sharnaaz Ahmad, Nora Danish dan ramai lagi.
#Polis Evo 3 #Sharnaaz Ahmad #Shaheizy Sam #Skop Productions