awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan suspek kedua terlibat insiden tikaman Saif Ali Khan

Agensi
Agensi
20/01/2025
11:07 MYT
Polis tahan suspek kedua terlibat insiden tikaman Saif Ali Khan
Selain luka berhampiran tulang belakang, Saif turut cedera di bahagian leher dan tangan. - Reuters
SUSPEK kedua yang terlibat dalam insiden tikaman pelakon terkenal Bollywood, Saif Ali Khan ditahan pada Isnin.
Khan yang berusia 54 tahun cedera di beberapa bahagian termasuk luka berhampiran tulang belakangnya dalam insiden rompakan di kediaman mewahnya di Bandra, Mumbai awal pagi Khamis.
Selain luka berhampiran tulang belakang, Saif turut cedera di bahagian leher dan tangan.
"Kami menerima maklumat dari polis Mumbai bahawa suspek sedang melakukan perjalanan menggunakan kereta api Jnaneswari Express.
"Polis Mumbai telah dihubungi melalui panggilan video dan identiti suspek telah dipastikan. Suspek kemudian ditahan," kata Sanjeev Sinha, wakil Pasukan Perlindungan Kereta Api memberitahu agensi berita ANI, memetik Reuters.
Suami kepada Kareena Kapoor itu kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan beransur pulih selepas menerima pembedahan kecemasan di Hospital Lilavati.
Dalam kejadian itu, Saif diserang dengan pisau sebanyak enam kali oleh suspek.
Seorang kakitangan wanita di rumah Khan turut cedera dalam serangan itu.
Terdahulu, selepas hampir tiga hari pemburuan, polis menahan seorang lelaki berusia 30 tahun pada Ahad di ibu kota kewangan India, Mumbai, lapor Xinhua.
Suspek, yang dipercayai warganegara Bangladesh, ditahan di bandar Thane yang bersempadan dengan Mumbai.
Polis memberitahu media, suspek telah memasuki India secara haram dan menukar namanya kepada nama orang tempatan.
Sementara itu, mahkamah tempatan pada Ahad mengarahkan suspek direman dalam tahanan polis selama lima hari.
Polis memaklumkan kepada mahkamah siasatan lanjut diperlukan untuk mengenal pasti motif serangan.
Pelakon Bollywood berusia 54 tahun itu terkenal dengan pelbagai anugerah yang dimenanginya menerusi filem-filem Hindi dan pernah menerima anugerah Padma Shri, iaitu anugerah awam keempat tertinggi India, pada 2010.
Serangan itu mengejutkan seluruh negara, terutamanya industri filem, serta menimbulkan kebimbangan mengenai kekurangan langkah keselamatan di Mumbai yang menjadi tumpuan kebanyakan pelakon Bollywood.
Topic Berkaitan
#Saif Ali Khan
#bintang bollywood
#serangan tikam
#polis
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan