Aktres popular, Maya Karin menyifatkan pelantikannya sebagai duta ikon River of Life (ROL) bukan sesuatu yang suka-suka dengan hanya bersandarkan kepada paras rupa yang cantik semata-mata.
Sebaliknya pelakon filem Munafik 2 itu menerima tanggungjawab berkenaan untuk mengajak masyarakat bersama-sama memelihara dan menjaga sungai-sungai daripada diperlakukan seperti tong sampah.
“Kita perlu menghargai sungai-sungai kita. Sungai bukan tong sampah, sungai adalah sungai dan tong sampah adalah tong sampah.
“Jangan satukan dua perkara ini. Menjadi tanggungjawab kita semua sebagai masyarakat untuk memahami usaha oleh kakitangan awam dalam menjaga kebersihan sungai,” katanya yang dikenali umum sering memperjuangkan isu alam sekitar.
Maya baru-baru ini dilantik selaku duta ROL oleh Kementerian Wilayah Persekutuan selama setahun bermula bulan ini.
Pelakon berusia 40 tahun itu melahirkan rasa terharu apabila kerja-kerja amal dilakukan dalam usaha menjaga alam sekitar diiktiraf oleh banyak pihak terutamanya pihak kementerian.
“Kami (saya dan pihak kementerian) banyak berbincang pendekatan tentang pendekatan dan taktik yang boleh diambil demi memelihara kebersihan sungai.
“Projek ROL ini sudah siap hampir 80 peratus, tetapi kesedaran awam masih terlalu kurang. Kerajaan membelanjakan RM500,000 sebulan untuk menjaga kebersihan sungai dengan perbelanjaan RM6 juta setahun.
“Dan kalau kesedaran awam masih tidak meningkat, usaha-usaha ini akan menjadi kerja yang sia-sia,” katanya.
Sementara itu, memetik artikel daripada akhbar Wilayahku, Timbalan Setiausaha Bahagian (Pemantauan dan Projek Khas) Bahagian Pengurusan Pembangunan kementerian, Rosidawati Abdul Rashid berkata, Maya Karin merupakan pilihan yang tepat untuk memikul tanggungjawab tersebut.
“Melalui sikap keprihatinan yang ditunjukkan oleh Maya Karin, saya percaya mesej penjagaan alam sekitar dapat disampaikan kepada masyarakat,” ujarnya.
Hadir sama Setiausaha Sulit Kanan Menteri Wilayah Persekutuan, Zulkefli Nani.
Sahlizah Mohamed
Thu Jan 31 2019
Maya Karin (tengah) bersama Rosidawati dan Zulkefli selepas menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pelantikannya sebagai Duta ROL dengan Kementerian Wilayah Persekutuan baru-baru ini. - Foto: Facebook Kementerian Wilayah Persekutuan
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Penari jadi duta perkenal pelbagai tarian Malaysia di Jepun
Tugas memperkenalkan keindahan tarian negara itu bukanlah mudah kerana ia memerlukan koreografi yang memukau bagi memastikan penonton kekal fokus.
'Kepelbagaian, keindahan dan makanan,' Pesuruhjaya Tinggi UK kongsi pengalaman di Malaysia
Mencapai keseimbangan sentiasa menjadi tugas utama bagi mana-mana duta, kata Charles Hay yang akan kembali ke tanah airnya pada Jumaat.
Anak jadi duta Maybelline, Shah Rukh Khan tumpang bangga
Suhana adalah salah seorang daripada empat muka baharu yang dipilih Maybelline sebagai duta.
Lantikan Nazri sudah dibuat setahun lepas - Anwar
Kata Anwar, keputusan melantik Nazri dibuat awal tahun lepas dan pihaknya tidak melihat alasan kukuh untuk membatalkannya.
Bekas PM Australia Kevin Rudd dilantik sebagai duta ke AS
Rudd akan berlepas ke Washington pada awal 2023 menggantikan Arthur Sinodinos yang telah berkhidmat selama tiga tahun.
UAE hantar semula duta ke Iran
Penempatan semula duta ke Tehran ini diputuskan enam tahun selepas ia menutup pejabat kedutaannya.
Saya tolak jawatan duta ke Switzerland kerana perlu letak jawatan MP - Nazri
Nazri menjelaskan, beliau memutuskan untuk kekal sebagai ahli Parlimen buat masa ini untuk memberi sokongan terhadap kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Presiden Singapura terima watikah pelantikan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia yang baharu
Yang di-Pertuan Agongpada 15 Jun lalu menyampaikan watikah pelantikan Dr Azfar dan 18 duta baharu Malaysia.
Juara Unduk Ngadau Kaamatan 2021 dilantik duta produk IKS Sabah
Maya Hejnowska dilantik sebagai duta produk industri kecil dan sederhana (IKS) Sabah sempena Kempen Belilah Barangan Buatan Sabah.
Duta Ukraine ke Thailand meninggal dunia di resort
Andrii Beshta, 44 tahun, diisytiharkan meninggal dunia di Koh Lipe, Thailand.