awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sarawak tubuh jawatankuasa tangani isu banjir
Laluan mudah Aaron-Wooi Yik ke pusingan kedua Terbuka India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Priyanka Chopra, Nick Jonas umum kelahiran anak pertama

Astro Awani
Astro Awani
22/01/2022
00:30 MYT
Priyanka Chopra, Nick Jonas umum kelahiran anak pertama
Priyanka dan Nick berkahwin di India pada Disember 2018 dalam acara dua hari yang menyaksikan upacara mengikut agama Kristian dan Hindu. - Foto Instagram/@priyankachopra
PELAKON terkenal Bollywood Priyanka Chopra, 39, dan suami penyanyi terkenal Nick Jonas, 29, mengumumkan kelahiran anak pertama mereka melalui kaedah ibu tumpang.
Priyanka mengumumkan berita gembira tersebut melalui catatan terbaharu di akaun Instagram miliknya.
"Kami berbesar hati ingin mengumumkan kelahiran anak kami melalui ibu tumpang.
"Kami ingin meminta untuk tidak diganggu pada waktu istimewa ini supaya kami dapat memberi fokus kepada keluarga kami.
"Terima kasih semua," catatnya.
View this post on Instagram
A post shared by Priyanka (@priyankachopra)
Rata-rata selebriti mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut di media sosial termasuk Joe dan Kevin Jonas serta pelakon Awkwafina, Eiza Gonzalez dan Karen Gillian.
Priyanka dan Nick berkahwin di India pada Disember 2018 dalam acara dua hari yang menyaksikan upacara mengikut agama Kristian dan Hindu.
Pasangan itu kini menetap di Los Angeles bersama tiga anjing mereka Diana, Gina dan Panda.
Topic Berkaitan
#Priyanka Chopra
#Nick Jonas
#kelahiran anak pertama
#Ibu Tumpang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan