awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lil Jon dan ibu luah rasa hancur hati susulan kematian anak**
Trump padam video berunsur perkauman yang gambarkan Obama sebagai kera
Jeneral Rusia ditembak beberapa kali di Moscow
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Program masakan 'Warung Pak Jabit' penampilan terakhir Mamat Khalid

Gempak
Gempak
25/10/2021
00:02 MYT
Program masakan 'Warung Pak Jabit' penampilan terakhir Mamat Khalid
Selain karya yang telah siap ditayangkan, Allahyarham juga telah menjalani penggambaran sebuah rancangan masakan terbitan Astro Gempak yang turut menampilkan anaknya, Adam Khalid iaitu "Warung Pak Jabit". -Gempak
BERITA pemergian pengarah terkemuka Mamat Khalid semestinya mengejutkan industri hiburan dan pencinta filem tanah air.
Allahyarham meninggalkan karya-karya hebat yang akan terus diminati seperti Hantu Kak Limah, Man Laksa, Zombie Kampung Pisang dan banyak lagi.
Selain karya yang telah siap ditayangkan, Allahyarham juga telah menjalani penggambaran sebuah rancangan masakan terbitan Astro Gempak yang turut menampilkan anaknya, Adam Khalid iaitu "Warung Pak Jabit".
Program masakan yang diarahkan sendiri oleh Allahyarham itu menampilkan perbezaan apabila beliau sendiri tampil memasak di hadapan kamera berbanding penglibatannya yang hanya di belakang tabir sebelum ini.
Difahamkan, penggambaran Warung Pak Jabit berkonsepkan sketsa dengan latar belakang Kampung Pisang telah menjalani penggambaran pada September lalu selama dua minggu, dan dijadualkan menemui penonton pada Ramadan akan datang.
Selain Mamat dan Adam, program masakan 15 episod berdurasi 30 minit di bawah Gempak Original Series itu juga akan menampilkan barisan pelakon Kampung Pisang yang diminati ramai.
Antara menu yang dimasak dalam program berkenaan adalah Nasi Lemuni, Tempoyak Kacau, Pulut Panggang dan banyak lagi menu tradisional yang semakin dilupakan cara penyediaannya.
Terdahulu, Allahyarham Mamat Khalid disahkan meninggal dunia pada 12.30 tengah malam tadi di Hospital Slim River, Perak akibat serangan jantung.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Hasmah Hassan serta lima orang anak.
Topic Berkaitan
#Mamat Khalid
#Warubg Pak jabit
#Adam Khalid
#Program masakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan