[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
ENTERTAINMENT

Psy berduet dengan Aerosmith

Astro Awani 17/10/2013 | 03:38 MYT
Bintang Sensasi Korea, Psy telah mendedahkan dia baru sahaja berduet dengan vokalis Aerosmith, Steven Tyler.
Psy menyifatkan Tyler sebagai artis lagenda dan Psy amat teruja dengan peluang yang diberikan.
Psy mendedahkan berita tersebut dalam satu temu bual bersama sebuah majalah fesyen Itali baru-baru ini.
Penyanyi yang popular dengan lagu "Gangnam Style" itu menyatakan dia merupakan peminat Aerosmith sejak zaman persekolahan.
Menjadikan Aerosmith sebagai idola, Psy juga memberitahu lagu duet tersebut akan dilancarkan pada November ini.
#Aerosmith #duet #PSY