awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
2,500 pertubuhan belia disasar mohon Geran SejaTi MADANI
Rundingan dengan AS hanya berjaya jika hak rakyat Iran dihormati - Araghchi
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PTVM harap ekosistem kondusif bagi industri kandungan televisyen

Bernama
Bernama
23/05/2024
23:45 MYT
PTVM harap ekosistem kondusif bagi industri kandungan televisyen
JUREY: Persaingan yang sihat bakal membuka peluang yang adil dan berlaku situasi menang-menang antara pemain industri dengan pihak kerajaan melalui agensi berkaitan. - Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) berharap Kementerian Komunikasi dapat mewujudkan ekosistem kondusif untuk industri kandungan televisyen Malaysia melalui dasar-dasar baharu yang lebih berkesan.
Presiden PTVM, Datuk Jurey Latiff Rosli dalam kenyataan berkata, industri kandungan perlu dibentuk dengan lebih berstruktur bagi memastikan daya saing dan kemampuan menarik pihak korporat dalam dan luar negara untuk melabur dalam industri berkenaan.
Beliau berkata, pihaknya yang mengadakan sesi libat urus dengan Kementerian Komunikasi semalam mengusulkan empat perkara bagi tujuan itu antaranya menilai keperluan kawalan jumlah syarikat berdaftar dengan Kementerian Komunikasi untuk menyertai saringan pitching di Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Selain itu, memastikan syarikat penerbitan yang mempunyai lesen Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) wajib menjalani kursus atau latihan berskala di bawah program MyCAP serta mengeksport kandungan RTM melalui kerjasama kerajaan dan swasta.
"Persaingan yang sihat bakal membuka peluang yang adil dan berlaku situasi menang-menang antara pemain industri dengan pihak kerajaan melalui agensi berkaitan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PTVM
#industri kandungan televisyen
#kementerian komunikasi
#Jurey Latiff Rosli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan