[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
ENTERTAINMENT

PU Syed juara Pencetus Ummah

Astro Awani 26/11/2015 | 16:00 MYT
PU Syed juara Pencetus Ummah
Syed Mohd Bakri Bin Syed Ishak atau PU Syed dinobat sebagai juara Pencetus Ummah musim ke 3.
Guru dari Kuantan itu berjaya mengenepikan tiga peserta lain iaitu PU Taha, Abdul Zaid Bin Abdul atau PU Zaid dan Mohamad Amirul Amin, PU Amin.
Mimbar Akhir Pencetus Ummah yang disiarkan secara langsung di Astro Oasis yang dihoskan oleh Ustaz Haji Zulkifli Hamat dan Shamsul Ghau.
Syed Mohd Bakri menerima wang tunai RM100,000, dan trofi sumbangan Astro.
Hadiah disampaikan mudir Pencetus Ummah Musim ketiga, Ustaz Kazim Elias dan Fuad Mat ali, Pengurus Saluran Astro Oasis.
#astro oasis #Pencetus Ummah #PU Syed #Ustaz Kazim