Pada Sabtu lalu, kira-kira jam 2.18 petang pengacara 'Primadona', Rozita Che Wan telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang comel.

Lebih menarik lagi, foto-foto bayi sulung Rozita Che Wan atau Che Ta dan Zain Saidin telah dikongsi sebaik sahaja bayi comelnya dilahirkan.

Selepas Zain memuat naik foto puteri sulungnya di akaun Instagram, para peminat telah memuji kecomelan wajah bayi tersebut.

Malah kakak kepada Zain, Sasha Saidin turut memuat naik sekeping foto dengan meletakkan wajahnya semasa bayi bersebelahan anak saudaranya yang baru dilahirkan itu.

Menerusi foto tersebut, Sasha menulis kapsyen "Ladies and Gentleman...Introducing to you...Princess Sayang & Princess Love. On the left is me and cute lil baby on the right is my gorgeous beautiful adorable new niece...Good job @therealzainsaidin & @rozitachewan1."

Selain Sasha, seorang pemilik akaun Instagram yang menggunakan identiti 'ammaratrin' pula menunjukkan persamaan wajah Zain dan anak sulungnya, bersama kapyen "Wahh, muka Zain Saidin masa kecik samalah dengan muka anak dia. Comel sangat. Welcome to the world baby."

Ternyata kecomelan bayi perempuan Zain dan Che Ta mempunyai iras bapanya semasa kecil tetapi masih mewarisi kecantikan ibunya.

Che Ta telah melahirkan bayi perempuan seberat 3 kilogram itu secara normal di Pusat Perubatan Ampang Puteri.

Rozita dimasukkan ke hospital pada pukul 8 pagi, selepas menerima nasihat doktor walaupun tidak mengalami sebarang tanda-tanda untuk bersalin.

Bagaimanapun, Zain dan Che Ta masih belum mengumumkan nama bayi mereka yang comel itu.

Astro Gempak juga ingin kongsikan beberapa keping foto bayi comel Che Ta dan Zain untuk tatapan anda semua.

Antara yang paling menarik perhatian Astro Gempak ialah, foto anak sulung pasangan Che Ta dan Zain Saidin tersenyum manis ketika dipangku penyanyi Dafi. - Astro Gempak