PENYANYI Indonesia, Putri Ariani meraih perhatian ramai apabila mendapat Golden Buzzer di program America’s Got Talent (AGT) daripada juri terkemuka, Simon Cowell.
Mempersembahakan lagu berjudul Loneliness yang merupakan hasil ciptaannya sendiri sambil bermain piano, Putri kemudiaanya mendapat tepukan gemuruh dan ‘standing ovation’ daripada juri serta penonton.
Terpukau dengan kemerduan suara Putri, Simon turut meminta gadis berusia 17 tahun itu menyampaikan lagu kedua dengan menyanyikan lagu hit karya asal Elton John berjudul Sorry Seems To Be The Hardest Word.
Selepas selesai membuat dua persembahan, Putri menerima Golden Buzzer daripada Simon.
Dalam pada itu, bakat Putri juga turut mendapat perhatian supermodel dan artis terkenal Hollywood, Heidi Klum.
“Kisah yang memberi inspirasi... suara yang luar biasa... saya dapat melihat Grammy pada masa hadapan untuk Putri,” tulis Heidi di akaun Twitter miliknya.
Selain Heidi, kisah Putri itu juga turut menarik perhatian bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
“Putri Ariani telah menjadi seorang superstar dan mungkin akan memenangi anugerah Grammy pada masa akan datang.
“Dia adalah contoh bahawa ketidakupayaan bukanlah bermaksud dunia telah berakhir. Putri dikurniakan salah satu suara bidadari yang paling manis. MasyaAllah…” coret beliau.
Terdahulu, penyanyi remaja berbakat besar itu merupakan orang kelainan upaya (OKU) yang mengalami cacat penglihatan.
Sebelum ini, ketika berusia lapan tahun, Putri pernah memenangi program Indonesia's Got Talent pada 2014 .
Selain itu, Putri juga pernah tampil dalam majlis perasmian Sukan Para Asia 2018 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.
Putri juga turut memiliki album berjudul Melihat Dengan Hati pada tahun 2020 dan Tak Mampu Lupa yang mendapat 11 juta penstriman di platform Spotify.
Untuk info, Golden Buzzer hanya diberikan kepada lima peserta yang bertanding dalam AGT dan akan terus mara ke peringkat suku akhir. - Gempak
Gempak
Thu Jun 08 2023
Putri Ariani adalah contoh bahawa ketidakupayaan bukanlah bermaksud dunia telah berakhir, kata Dr Noor Hisham Abdullah.
Biden jemput Trump ke White House
Donald Trump menerima jemputan Joe Biden ke White House sebagai simbolik komitmen peralihan kuasa yang lancar.
Soket elektrik di bas ekspres tiada piawaian tersendiri - Anthony Loke
Susulan kematian seorang remaja 18 tahun akibat renjatan elektrik pada Isnin lepas, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah melarang penggunaan soket elektrik di dalam bas ekspres buat sementara waktu.
Kebebasan tanpa sempadan adalah kebebasan mengundang malapetaka - Fahmi
Pelesenan ke atas penyedia perkhidmatan pesanan internet dan penyedia perkhidmatan media sosial bukan bermakna kerajaan akan menapis internet.
[TERKINI] Vivy, Suami tiba di SPRM, beri keterangan
Pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk beri keterangan.
BNM dijangka kekalkan OPR pada 3.0 peratus pada 2025
Bank Negara Malaysia dijangka akan mengekalkan pendirian berhati-hati menjelang 2025, berkemungkinan mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia siap sedia, fokus keterangkuman, perkongsian global - PM
Malaysia bersiap sedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN 2025, dengan memfokuskan keterangkuman dan perkongsian global.
Op Favish: Vivy, Fadza sambung beri keterangan berhubung kerugian FashionValet
Pengasas FashionValet, Vivy Yusof dan Fadzaruddin Shah Anuar menyambung sesi keterangan di SPRM berhubung kerugian pelaburan Khazanah dan PNB.
AWANI Ringkas: Kerabat Pahang antara didakwa cederakan seorang lelaki
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ancelotti berisiko dipecat
Tekanan semakin meningkat ke atas pengendali Real Madrid, Carlo Ancelotti susulan kekalahan 1-3 kepada AC Milan dalam aksi Liga Juara-Juara.
Warga Perancis pandu mabuk, maki polis didenda RM10,080
Anthony Gilbert Georges Cazals, 29 membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Chia Huey Ting selepas pertuduhan dibacakan di dalam bahasa Inggeris.
AGT2023: Putri Ariani memukau berjaya mara ke pusingan akhir
Lontaran suara gadis berusia 17 tahun itu memukau penonton yang hadir menerusi lagu "I Still Haven't Found What I'm Looking For".
America's Got Talent: Putri Ariani jumpa Jokowi, bawa Golden Buzzer
Peserta America's Got Talent (AGT) dari Yogyakarta, Putri Ariani menerima jemputan Presiden Indonesia, Joko "Jokowi" Widodo untuk bertemu dengannya di Istana Presiden, pada Rabu.
Gadis buta ini peroleh 'Golden Buzzer', tawan hati juri America's Got Talent
"Impian saya ingin menjadi seorang diva seperti Whitney Houston dan memenangi anugerah Grammy."